Friday, 27 April 2012

Berkongsi Tahu: Catatan 1

Petikan hasil pembacaan yang ini: Masalah Kebenaran: Dari Paling Mudah ke Paling Kompleks oleh Kassim Ahmad (PEMIKIR, 2011, bil.66, Oktober-Disember 2011, laman 1-8)


"Quran memberi amaran bahawa bangsa Arab akan mengabaikannya.[7] Jika cerdik pandai Arab pada waktu itu memberi perhatian berat kepada amaran ini serta mengelaknya, amaran ini akan memberi manfaat kepada generasi-generasi kemudian. Malangnya, amaran ini gagal didepani dengan berani, maka penyelewangan-penyelewangan berlaku. Banyak hadis palsu timbul. Musuh-musuh Islam menggunakan nama besar Nabi Muhammad untuk memesongkan mereka dari jalan lurus yang Tuhan ajarkan kepada mereka. Melalui institusi hadis, Nabi Muhammad telah didewa-dewakan, berlawanan dengan ajaran beliau, dan ini akhirnya membawa kepada kejatuhan umat Islam. [8]


Kita melihat banyak contoh umat-umat lain - Yahudia, Kristian, Hindu, Buddhist -, yang percaya dan menyembah banyak Tuhan, sedangkan mereka semuanya dikirim nabi dan rasul yang mengajar mereka ajaran Tuhan yang sama, iaitu: "Tiada tuhan melainkan Tuhan Yang Esa. Sembahlah Dia Saja."[9]. Contoh Nabi Isa suatu contoh yang baik bagaimana beliau ditukar menjadi anak Tuhan dalam satu doktrin Tritunggal yang dibuat oleh Paul setelah beliau mati.[10] Semua masyarakat agama yang menyembah banyak tuhan, seperti Hindu, melalui proses pemerosotan konsep Tuhan Yang Esa yang asal. Malah umat Islam sendiri, dengan pendewaan mereka terhadap Nabi Muhammad dan terhadap pemimpin-pemimpin agama, tidak terkecuali daripada proses ini.[11] (Kassim Ahmad, 2011, laman 3)"


# Bila dibaca yang diatas ini, aku tersoal, tertanya dan teruji:


1) Banyak hadis palsu timbul # Jika dilihat dalam gerak hidup masyarakat Muslim Melayu kita..banyak juga yang aku musykilkan..contohnya...malam-malam ramadhan akan dihiasi dengan tazkirah pendek menetapkan nikmat-nikmat dan ganjaran yang bakal diperoleh jika kita menunaikan solat tarawikh pada malam-malam tertentu..dari yang pertama hingga malam menjelang Syawal.dan dipendengaran telinga, tiada pula dimaklumi tentang sanad dan perawi dan bukti dari Al-Quran untuk membuktikan kesahihan "kata-kata galakan ibadah ini". Persoalannya, dari mana boleh timbulnya janji-janji seperti ini?


"Issshhh...tak baik Gie, mempersoalkan hukum agama...berdosa tau!" hati aku kadang-kadang kencang mengingatkan..


Persoalan pokok: bukan hukum Allah yang aku pertikaikan..segala amal ibadah dan perbuatan baik tuh memang dah termaktub dalam Al-Quran bakal diberi ganjaran..hatta sebesar zarah..walau sekadar niat. Yang dipersoalkan disini, oleh seorang aku yang daif jahil agama ini ialah: dari mana datangnya ayat-ayat galakan ibadah seperti di atas? Adakah ianya bersumberkan hadis dan sunnah? Betulkah ianya wujud atau sekadar kata-kata perangsang agar kita lebih rajin bertarawikh?


Dalam Islam...matlamat tidak menghalalkan cara..walaupun niat kita mungkin baik-untuk menggalakkan ummah mengimarahkan masjid bagi sesi tarawikh, tapi bolehkah kita ada-adakan apa yang mungkin tiada???Aku terkesima dalam persoalan sendiri...mungkin aku patut tanya kakakku, Ustazah Norhapizah dalam masa terdekat ni..


2) Pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan pemimpin-pemimpin agama # Teman-teman, kalu pikir logik lah...sedangkan pendewaan kepada Nabi Muhammad, pemimpin-pemimpin agama, yang menurut penulis (bersandarkan kepada rujukan beliau) pun boleh saja membawa kepada syirik..apatah lagi kalau didewa-dewakan pemimpin-pemimpin politik...kesatuan...pertubuhan...kumpulan..


Mesej yang aku cuba sampaikan disini...kita dah menghampiri Pilihan Raya Umum...berpolitik/berpersatuan/berkumpulan pun berpada-padalah...pemimpin-pemimpin ini adalah manusia berdarah merah, bernafsu dan berotak sama seperti kita...didepan lain, dibelakang tah macam mana...maka kau sokonglah berpada-pada...bangkang pun berpada-pada..siapa kita untuk tahu apa yang terselindung disebalik muka dan hati manusia?


Kita manusia..mereka juga manusia..tak berbaloi weh gaduh-gaduh..tokok dosa..cantas pahala hanya disebabkan parti politik...dalam kuburan pun, tiada soalan parti politik manakah yang disokong..kena selalu beringat...ahli politik dan pemimpin yang benar-benar menjihadkan Islam adalah dua perkara yang besar bezanya...dan di tanah tumpah negara ku ini...yang aku nampak dari parti CAP SAUH, CAP MATAHARI, CAP JET PEJUANG, CAP MATA SATU dll... keperibadian politiknya lebih kuat dari keperibadian Muslim sejati itu sendiri..sekadar pandangan peribadi...entahlah...


Tutup Entri: Please don't be political animals..Do not stoop so low to that level...we are all the chosen khalifahs in this world, with certain duties and roles...we are just not that a.n.i.m.a.l.

No comments: