(mungkin saja akan ada yang berkata video ni boleh direka-reka plotnya..pedulikan..manusia takkan pernah kepuasan..sedangkan nikmat nyata Allah pun, manusia mampu pertikaikan (baca Surah Ar-Rahman..insaflah darinya), inikan pulak video rakaman manusia, iya tak?)
Pertama sekali: Terima kasih pada peserta BERSIH 0.3 yang membantu menyelamatkan pemandu anggota keselamatan seperti yang terakam diatas..kalian memang berpikir waras, berhati emas ;)
MULA BICARA:
Datanglah ratusan versi BERSIH di bumi Malaysia.1 hakikat yang tak mampu aku nak tolak. Apabila tibanya hari-hari itu..Yang paling BODOH dan RUGI dan AIB dan MELULU itu adalah anak bangsa Melayu Muslim ku sendiri.
Dan hasil tontonan dan pembacaan ku...bolehlah aku sampaikan sedikit pandangan seorang insan yang amat bencikan KEGANASAN, KETERLAMPAUAN dan KEBODOHAN manusia yang amat mudah dibonekakan oleh orang lain..Antara kumpulan-kumpulan manusia yang aku nampak pada perhimpunan BODOH seperti ini adalah:
A) Pemimpin-pemimpin politik yang makan, minum, tidur dan jaganya hanyalah politik, politik dan politik.Teramatlah politik hinggakan hilang matlamat perhimpunan sebenar yang kononnya mahu tuntut kebersihan luar dan dalam, sangat rendah politiknya hingga sanggup membiarkan rempuhan dilanggar dan mencetuskan provokasi-provokasi tertentu yang akhirnya memakan diri penyokong-penyokong itu sendiri.
Persoalan 1: sedang penyokong-penyokong buntu melulu "mengorbankan diri", para pemimpin ini, kemana pergi???
B) Penganjur BERSIH yang katanya mahu himpun secara aman. Terlalu naif aku rasakan bila himpun secara aman diwar-warkan sebagai niat sebenar sedangkan masing-masing tahu..natijahnya nanti takkan seaman itu. BERSIH 0.2 menyaksikan kematian peserta.Tak mampukah kita pelajari apa-apa darinya?
Persoalan 2: Come On, BERSIH TEAM, this is Malaysia. U guys knew it damn well, how politically immature, indiscipline, clueless some Malaysians could be, how damn easy for the brainless young to be provoked and manipulated, how the hot and dry climate could provoke the unprovoked bodies and minds escalating blood and what not...You guys knew it damn well..You guys could foresee it perfectly well...but still...damn..damn..damn..
C) Penyokong BERSIH yang berbaju kuning, merah dan pelbagai warna. Kehadiran mereka bukan secara tiba-tiba, bukan tanpa sedar, bukan tanpa niat dan bukan dipaksa. Kehadiran mereka adalah pilihan hati yang waja melaungkan "Allahu Akbar", memperjuangkan kebersihan. Kehadiran mereka adalah dalam sedar, waras dan berperasaan. Kalian memilih untuk turun padang..menjadi wira bersih yang cukup sedar dan tahu akan risiko-risiko tertentu apabila kalian menyertai perhimpunan penuh provokasi seperti ini.
Persoalan 3: Kenapa ada yang berang dan bertindak menyalahkan pihak lain bila adegan provok-memprovok, tolak-menolak, baling-membaling, hamun-menghamun, jerit-menjerit, pukul-memukul, langar-melanggar bermula? Kenapa tak larikan dan selamatkan diri sahaja? Kenapa mesti terus berada disitu, menyimbah minyak pada api yang dah besar menyala?Apa yang kalian cari dan mahukan sebenar-benarnya???
D) Pemerhati yang katanya berkecuali..yang berani turun ke medan perjuangan kebersihan semata-mata mahu memerhatikan perilaku bangsa Malaysia. Pemerhatian mungkin saja atas urusan kerja dan juga sebab peribadi tersendiri.
Persoalan 4: Adakah, pemerhatian kalian mungkin saja disebabkan arahan pihak atasan dari pelbagai dunia dan negara yang mempunyai sejuta satu sebab, yang salah satu darinya bertujuan menebalkan lagi laporan-laporan perisikan rahsia milik Tuan/Puan agar lemah kuat, takut berani, cerdik bodoh, zuhud angkuh, busuk wangi Bangsa Malaysia dapat direkod, dikaji dan digunakan bagi "menjahanamkan" bumi tempat berteduhnya sekian ramai Muslim yang aman, kukuh ekonomi, progresif, berwibawa, berintelek tinggi dan bebas merdeka ini?Seperti udara yang kita hirup..perisik-perisik milik CIA, MOSSAD dan mungkin jua M-16 ini bebas bertiup kemana-mana..dan di kebanyakkan masa, gerak kerja mereka dicatur zionis yahudi di Israel sana...
Mungkinkah saja Muslim Melayu Malaysia jadi boneka??Wahai teman-teman seagama dan sebangsa..dari sibuk-sibuk kau mengorbankan diri diperhimpunan seperti ni, elok saja kau habiskan masa utk baca dan fahami "The International Jew", " Final Judgment", fahami elok-elok "Surah Al-Isra"..kaji peringatan-peringatan yang dah lama diberikan tentang bangsa yang satu ni...Lengkapkan diri dengan ilmu yang boleh melawan yahudi..bukan menjatuhkan sesama agama dan bangsa sendiri..bukannya merosakkan harta awam, membazirkan sumber manusia -membazirkan masa anggota keselamatan, pegawai kesihatan, pihak media menjaga, merawat, merakam kalian sedangkan terlalu-lalu banyak amanah lain yang perlu mereka laksanakan...itu sebab aku kata: Yang BODOH dan RUGI tu diri KITA sendiri...KITA memang BODOH..KITA memang RUGI..yahudi bertepuk, bersorak, berparti meraikan kebodohan Muslim..KITA???bertempur sesama sendiri..
E) Para penuntut universiti yang muda remaja..yang baru sahaja mendapat pencerahan otak sebagai mahasiswa di uni-uni awam/swasta atas bantuan tabung-tabung pendidikan, hasil pengumpulan duit2 KAMI - pembayar-pembayar cukai dan zakat dan sedekah- mahasiswa yang merasakan diri teramatlah "COOL" dan "MAHA HEBAT" bila dapat turut serta dalam sesi perjuangan..yang merasakan tahap intelek politik mereka teramat tinggi tapi terlupa akan satu hakikat bahawa intelek politik yang tinggi itu takkan kemana-mana jika emosi dan spiritualiti politik berada di skala tercorot...mudah terpengaruh..mudah melenting..mudah bertindak melulu..mudah menerima pakai sesuatu tanpa siasat..mudah mengiaya dan menidakkan sesuatu sebelum habis maklumat dikorek dan digali.. mahasiswa yang akan menjatuhkan maruah sendiri apabila menyalahkan pihak lain jika tertakdir ditangkap, digantung@dibuang dari uni..aduh...kasihan amat..kalian rasakan diri kalian udah teramat cerdik, tapi hakikat, kebodohan juga yang kalian pamerkan???
Persoalan 5: Tanya balik diri sendiri apa niat kalian turut serta bersama? Sebab nak nampak "COOL"? (Niat tak matang sebegini takkan sesekali dapat perkenan dariNYA..percayalah).Kalian tahu ker apa yang diperjuangkan? Jika YA, jawabnya..kalian tahu ker jika itulah benda yang benar-benar diperjuangkan tanpa ada agenda tersembunyi? Kalian dapat baca bisik hati kepimpinan?Kalian betul-betul baca dan faham isi memorandum/ butiran perjuangan? Kalian benar-benar yakin berada bersama KEBENARAN sedangkan dah termaktub dalam Al-Quran "KEBENARAN YANG NYATA ITU MILIK MUTLAK TUHAN!". Duhai adik-adik kesayangan, kalau pun ditakdirkan Tuhan, kebenaran dipihak kalian..kebenaran tu takkan terlihat/terpamer/terasa/terbukti kalau aksi emosi melulu yang kalian tunjukkan..yang terpapar adalah kebodohan...kejelikkan...percayalah.
Ya Allah...tak tahu perasaan jenis apa yang patut aku hamburkan sekarang. Marah, perit hati, gelisah, semuanya tak mampu diluahkan dan kesakitan hati makin parah bila ianya terkumpul tak terluah..dalam hati yang masih mencari-cari erti KEBENARAN, hanya doa akhirnya mampu aku titipkan agar keamanan dan kebenaran berpanjangan di bumi Malaysia tanah tumpah darah.Ya Allah, KAU peliharalah kami semua, warga Malaysia, pelbagai bangsa dan rasa percaya, dibumi terlaungnya azan indah berkumandang tiap lima waktu sehari semalam tanpa ganggu-gugat..di tanah tempat bangsa lain bebas berbahasa ibunda dan kekal berbudayakan milik nenek moyang mereka...di ruang milik kami hamba-hambaMu yang tulus..tak tahu menokok cerita..tak pandai berdolak dusta, tak reti mengadu-domba, kami yang tak punya apa-apa tapi agama dan tanahair tercinta..tenangkan kami di tanah tumpah tempat kami yang berlainan warna, sama-sama berkongsi hidup atas dasar percaya dan hormat, walaupun ada ketika percaya dan hormat kami diganggu-gugat.
Ya Allah..doaku sebagai seorang pendidik yang mahu terus mendidik, dididik dan terdidik...KAU peliharalah anak-anak didikku..KAU tahu, ditiap hujung sujudku padaMU, tak pernah aku lupa bermohon padaMU "Jadikan Aku pendidik yang baik dan soleh buat anak-anak didikku yang jua baik dan soleh..sebagaimana Aku merasa nikmatnya berilmu, itulah jua yang KAU kurniakan kepada anak didikku. Sebagaimana Aku merasa bahagia mengibadahkan ilmuMU, itu jualah yang KAU ciptakan dalam hati anak didikku".
Ya Allah..jika secebis pencerahan minda itu mereka gunakan untuk kebinasaan, kezaliman, keterlampauan, kejelikkan lalu mendatangkan fitnah pada agamuMU, sungguh Ya Allah..apa yang tercurah...takkan sesekali aku halalkan...
Amin..
Nota Penutup:
Berpada-padalah dalam memperihalkan dan memperbuatkan akan sesuatu..
"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216).
sesungguhnya, kita memang tak mengerti apa-apa...tak perlu takbur mendabik dada mengaku kita tahu segala...
Ilalliqa'..
Ini adalah tulisan ikhlas hati yang banyak tak mengerti...
mohon maaf andai hati dilukai..andai jiwa dikasari..
No comments:
Post a Comment