Monday 24 December 2012

heartless ...




tumblr.com
  
heartless..that was ME today, this morning...

i was on my way to my Impian2 home, for a daily visit and paws feeding
cold on the road I saw 'em - two paws, i believed siblings
the morning was gloomy, skies crying sparkles of rain
in the middle of the road they sat, soaked, unmoved, rained.

"trouble awaiting" - my heart has beeped loud and warned me.
the intuition i denied, with a half-worried heart, half-easy 
to workplace heading, the same lonely way i used i returned
there the paws were, ran down- the souls been taken.

stoned soul and ignorant brat - the heartless me,
struck and cursed and laughed by guilty stupidity
 i should have stopped, followed my heart, picked 'em up
but stupidly i didn't.. i didn't stop...i followed not my heart.

I should have stopped and picked 'em all to my safe kitties haven, just few minutes away...I should have stopped..I should have followed my heart..damn this guilty feeling..am damned..Ooo Allah, please forgive me..


p/s: animal souls are so sadly cheap here..loved, cuddled and hugged when cute and fluffy. neglected, dumbed, ran down when old and smelly...so disgusting humans - yes, disgusting...

Thursday 20 December 2012

Istanbul Aku Datang:Layan...



turkeytravelresource.com

Tadi malam aku, Kiki and Aishah berkongsi tontonan di ASTRO. Bahan tontonan – “Istanbul Aku Datang”. Ceritanya  bagi aku, biasa-biasa aja. Tak terlalu “low”, tak terlalu ‘high”..medium..cerita cinta ringan yang boleh meringankan sikit beban hati dan kepala lepas 7-8 jam bekerja..
Menariknya cerita ni bila Istanbul dijadikan lokasi utama.pemandangannya cantik dengan Masjid Biru banyak terfokus pada layar cerita.kerja kameranya cantik.kemas.bila layar terfokus pada lorong-lorong berbatu kasar tak rata (cobbled stone), anak tangga apartment, bangunan bercat kuning terang tempat Haris dan Dian berkongsi menyewa, bilik bertema lavender milik si gadis – timbul rasa tertarik dalam hati..
Cerita cinta ringan ni penuh dengan warna. Dari warna alam hinggalah ke warna-warna terang kasut, beg, dan baju milik Dian dengan fesyen yang bagi aku si tuli fesyen –fesyen tah apa-apa. Ada pengaruh K-Pop dalam seleksi wardrobe nya..cute and weirdo..sangatlah janggal kalu dipakai di Malaysia!
Identiti Bernard Chauly sangat kuat pada filem ni. Tak pernah tonton Pisau Cukur tapi Gol & Gincu udah. Cerita-cerita si pengarah ni selalunya dipenuhi perempuan-perempuan lawa yang comel dan gedik dan geletis dalam satu masa..berhias comel, cantik, ceria dengan warna-warni.perempuan moden tipikal yang amat attached dengan gajet dan teknologi, fesyen bergaya  dan make-up sudah tentunya..seolah-olah, dalam hidup seorang perempuan muda moden – tak ada apa yang lebih penting dari handphone, lappy, skirts, headbands, lipsticks dan gloss… (alahai…tersenyum aku dibuatnya..)
Disebabkan aku dah klasifikasikannya sebagai cerita berkualiti medium yang ringan, maka – bagi aku,  ringan jugalah paparannya. Cerita tentang perasaan dan cinta dan airmata dan kecewa dan gembira, akhirnya…klise atau cliché..
Tiada  yang terlalu menarik dalam cerita ringan ni kecuali yang aku sebut di atas- cinematography.dan hasil lakonan Lisa dan Beto – really great talents.. dan aku sangatlah tak faham kenapa dalam ramai-ramai pelakon, Tomok yang terpilih membawakan watak Azad yang bermulut JAHAT dan “jantan” tak setia..gelak besar bila tengok scene gaduh-gaduh kat apartment Azad. Bukan sebab lucunya scene tuh..tapi sebab pelakonnya yang kaku tak menjadi..alahai..sangat setuju dengan kata Kiki: nak gandingkan Beto dan Tomok???memang jauhlah…Beto memang penyelamat komedi romantik ni..(I personally don’t like him with this kinda of persona…am so used to watching this talent in great works like Jangan Ambil Padang Kami, Geng Surau, Juvana, and a drama about Selangor football team , can’t recall the title ..but he must have wanted to challenge himself with something new, gak kan..tak pe lah..)
TAPI.....
Yang banyak kali aku terperasan bila menonton cerita arahan Chauly, berskripkan tulisan Rafidah Abdullah ialah – unsur-unsur liberalism sinikal. Agak jelas tapi tak keras..dilembutkan, dihiasi dengan lontaran-lontaran dialog yang comel, bersahaja dan innocent, bunyinya…contoh??? salinan semula dialog tak 100% accurate, tapi kurang lebih begini dengarnya:
“Ala..kenapa I tak boleh tinggal kat sini..apa salahnya..tak kisahlah orang nak kata apa. Yang penting kita tahu, kita tak buat apa-apa” (or phrases to that effect).
(oooo..macam tuh, ya..duduk bermesraan atas katil, caressing, hugging, intimate physical contacts are all ok as long as we don’t do “that” thing – ermmmmm…shall we say, go to hell with what people say about us cos only we know what we do..maka: persetankanlah rasa hormat, malu dan segan pada jiran, budak-budak kecik, orang tua dll  yang mungkin memandang? dan tertanya-tanya?hilangkanlah batas-batas peradaban budaya?Nyahkanlah batas-batas agama?-opppsss..aku jadi JUDGMENTAL disini..maafkan)
“rupa-rupanya housemate I gay..he is gay..I tak kisahlah..I bukan jenis yang judgmental..”
(unsur-unsur homo memang sangat banyak dipaparkan dalam cerita-cerita melayu sekarang..tersangatlah liberal bila liberasasi seksualiti yahudi Hollywood dibawa sikit demi sedikit dalam industri filem kita..apa yang bagusnya tema camni, ya? Kalu tak diadakan babak-babak begini, tak boleh ker?? What are the directors/scripwriters hinting??? setahu aku..filem-filem berunsur seks dan homo tak diangkat dalam Golden Globe, Academy dll. Kecuali – Brokeback Mountain. Ini pun penuh dengan kontroversi sebab ramai pengkritik filem yang tak setuju dan terkejut dengan kemenangan filem Ang Lee  ni yang dirasakan tak setara kualitinya  dengan filem-filem lain yang bertanding.. tapi sebab yahudi pelopor Hollywood, apa pun boleh jadi kan…”Philadelphia” lakonan mantap Tom Hanks – one of my fav movies and actors , respectively pun menang Academy BUKAN sebab paparan porno homo tapi sebab ISU yang lebih besar yakni HIV/AIDS, diskriminasi seksualiti dll … what is so great in portraying two men french kissing and having sex???  and at the very first place, what is the point of having sex scene, hetero or homo in a plot itself? Does it help the movie to win the jury’s heart???don’t think so..really..try watch Iranian award-winning films..then you’ll know..)

Macam biasa, bila habis nonton akan timbul lah banyak perkara kat hati dan kepala! Perkara yang aku suka nak kongsi dah pun panjang lebar aku taip kat papan blog ni..ini penafian aku..yang tertulis sekadar pandangan aku, seorang penonton yang cetek ilmu filem..apapun..teruskan menonton hasil yang pelbagai..baru boleh belajar dan buat perbandingan..

TAMMAT: Istanbul Aku Datang – nak tengok suka-suka sebagai pemecah gelak sekali-sekali , layankan..


Tuesday 18 December 2012

BodohPandai

Dalam alam CerdikPandai, ada ramai yang BodohDungu.
tapi
Dalam alam KurangCerdikKurangPandai, amat sedikit yang bijak ilmu.
untuk
Yang Bijaksana, jangan sesekali hampiri lembah kedunguan,
kerna bukan itu asas kejadian.
buat
Yang Dungu, bodoh lagi membodohkan, sesekali cuba lawat kebun kebijaksanaan.
baru kita tahu manisnya tujuan: hidup atau kematian...

kebijaksanaan atau kedunguan - kita saja tentukan!


p/s: Si Tukang Catit ini pun, banyak masa bodoh alang orangnya..bertanya apa yang tiada perlu ditanya, merasa apa yang tiada perlu dirasa................... 

Saturday 8 December 2012

kekampungan AKU...


budak kampung??? TAPI tak pernah:

1- sauk/tangkap/pancing ikan kat tali air, sungai atau paya dibelakang rumah

2- main lastik/kejar itik ayam/halau lembu kambing yang sibuk memagut pandan dan bunga-bungaan 

3- lencun dek hujan, selut kaki tangan dan seluruh badan hasil berguling ditanah

4- petik pucuk ubi, gali kunyit lengkuas, pangkas pelepah pisang untuk dibalut ikan bakar

5- panjat pokok rambutan dan manggis dengan semut menggatal ke betis

maaf cakap..kalau tak pernah buat salah satu dari yang diatas ini..rasanya, ada sikit kurang pada diri kekampungan..


untuk entri ni aku nak kisahkan fakta 5..dengan MANGGIS sebagai fokus utama pengkisahan nyata seorang aku yang pada tika tertentu amat-amatlah kekampungan...panjang citernya manggis aku hari nih (kejadian ni berlaku tadi siang...Dis 8 2012...abaikan tarikh tertera pada gambar..my camera needs a reset and I've not yet figured it out ...that's me..can't neva make peace with gadjets & technology) hehe.


INI namanya pokok manggis..dahan mencapah kiri kanan dengan kekuatan fizikal yang agak gah..antara dahan paling kuat, lentur, tahan lasak dan tahan berat yang penah aku uji..tumbuh kiri kanan atas bawah berselang seli memudahkan manusia mengaut hasil mashulnnya..mudah memang mudah...tiada istilah "patah tumbuh, hilang berganti" dalam kamus idup pokok manggis..dahan manggis tak macam dahan rambutan..sekali dipotong, ia takkan bertunas semula..ia akan mengecut..kering, rapuh.. mati..bila dipanjat kena hati-hati..kalau tak..bibir cium tanah..percayalah #



BUKTI pembaziran tenaga manggis yang benar-benar berlaku dibelakang umah..bila dah terlalu banyak/ empunya terlalu sibuk/ takde masa, kederat dan selera nak merasa..maka inilah jadinya!bila dikait buah baru, hukum graviti mesti tarik buah tuh ke tanah. bercampur aduk pulak ngan buah buruk..langsung hilang jejak yang mana satu yang lama yang mana satu idak..macam mana nak kesan buah yang terkemudian???haha..yang kering tuh mestilah dah lama gugur dik non oiii..yang baru - bersemut banyak pada tampuk, tampuk sedikit hijau dan ada getah merah basah bila kulitnya sedikit luka hasil hentaman pada tanah tadi #






HAH..apakah???kalu nak cakap pasal kreativiti & inovasi lah kan..aku rasa orang kampunglah yang paling banyak mempraktikkan kedua-dua ni dalam idup sehari-hari..perhatikan botol plastik 1.5 ml ni elok2..dipotong bawahnya, disumbat mulutnya dengan galah besi ringan boleh laras dan diguna dengan jayanya dalam sesi memetik manggis...acukan galah inovasi ni pada buah..bila buahnya dah ranum masak, kerja lagi mudah.. kasi goyang sikit dan "tup..tup..."..akan jatuh bergoleklah buah-buah hitam merah pelbagai saiz kedalamnya..keje enteng... mudah dan murah sudah tentunya #




TENGOK  elok2 pada isi manggis nih..yang paling kiri dah hilang warna putihnya, yang tinggal hanya isi jernih, keras dan kurang enak tanda buah kurang mutunya. yang dua ke kanan sangat2lah menggoda.. putih..cantik terletak...manisnya toksah ceritalah..kira boleh mengancam nyawa bagi pemilik kencing bergula..menggoda tapi bahaya!!!


ok...dah nak tutup entri manggis nih..ke kamar beradu..letih mengerjakan pokok dan manggis...sila jamu mata untuk gambar-gambar dibawah sana...selamats!!!


my pick of the day..harvested from the ground & trees..hehe :)




the smaller the saiz the better to me..senang kasik ngap dalam mulut semua skali..


lari topik..belimbing buluh belakang umah: bahan utama sambal hitam pahang

 cantik kan..ciptaan tuhan..


 dalam angan belimbing buluhnya-----> "haishhh..jual..rebus..wat sambal itam..kaya2..tunang..kawin..best punya plan" ;p




Nunin: penjaga manggis dan pokok belimbing buluh yang setia :)



p/s: salah satu nikmat tak terluah pada diri aku ialah nikmat ada kampung  dengan laman keliling rumah dan tanah belakang sekangkang gajah..tempat tertanamnya pokok-pokok buah yang pelbagai, hasil bakti pada tanah milik tuhan - durian 3 batang, manggis 2 pohon, kelapa, pisang, dokong dan lain-lain pokok yang boleh mendatangkan tenang pada mata, kenyang pada jiwa ;) sungguh tenang...sungguh kenyang...


paling nikmat...inilah AKU......kekampungan AKU :=)