Monday 24 December 2012

heartless ...




tumblr.com
  
heartless..that was ME today, this morning...

i was on my way to my Impian2 home, for a daily visit and paws feeding
cold on the road I saw 'em - two paws, i believed siblings
the morning was gloomy, skies crying sparkles of rain
in the middle of the road they sat, soaked, unmoved, rained.

"trouble awaiting" - my heart has beeped loud and warned me.
the intuition i denied, with a half-worried heart, half-easy 
to workplace heading, the same lonely way i used i returned
there the paws were, ran down- the souls been taken.

stoned soul and ignorant brat - the heartless me,
struck and cursed and laughed by guilty stupidity
 i should have stopped, followed my heart, picked 'em up
but stupidly i didn't.. i didn't stop...i followed not my heart.

I should have stopped and picked 'em all to my safe kitties haven, just few minutes away...I should have stopped..I should have followed my heart..damn this guilty feeling..am damned..Ooo Allah, please forgive me..


p/s: animal souls are so sadly cheap here..loved, cuddled and hugged when cute and fluffy. neglected, dumbed, ran down when old and smelly...so disgusting humans - yes, disgusting...

Thursday 20 December 2012

Istanbul Aku Datang:Layan...



turkeytravelresource.com

Tadi malam aku, Kiki and Aishah berkongsi tontonan di ASTRO. Bahan tontonan – “Istanbul Aku Datang”. Ceritanya  bagi aku, biasa-biasa aja. Tak terlalu “low”, tak terlalu ‘high”..medium..cerita cinta ringan yang boleh meringankan sikit beban hati dan kepala lepas 7-8 jam bekerja..
Menariknya cerita ni bila Istanbul dijadikan lokasi utama.pemandangannya cantik dengan Masjid Biru banyak terfokus pada layar cerita.kerja kameranya cantik.kemas.bila layar terfokus pada lorong-lorong berbatu kasar tak rata (cobbled stone), anak tangga apartment, bangunan bercat kuning terang tempat Haris dan Dian berkongsi menyewa, bilik bertema lavender milik si gadis – timbul rasa tertarik dalam hati..
Cerita cinta ringan ni penuh dengan warna. Dari warna alam hinggalah ke warna-warna terang kasut, beg, dan baju milik Dian dengan fesyen yang bagi aku si tuli fesyen –fesyen tah apa-apa. Ada pengaruh K-Pop dalam seleksi wardrobe nya..cute and weirdo..sangatlah janggal kalu dipakai di Malaysia!
Identiti Bernard Chauly sangat kuat pada filem ni. Tak pernah tonton Pisau Cukur tapi Gol & Gincu udah. Cerita-cerita si pengarah ni selalunya dipenuhi perempuan-perempuan lawa yang comel dan gedik dan geletis dalam satu masa..berhias comel, cantik, ceria dengan warna-warni.perempuan moden tipikal yang amat attached dengan gajet dan teknologi, fesyen bergaya  dan make-up sudah tentunya..seolah-olah, dalam hidup seorang perempuan muda moden – tak ada apa yang lebih penting dari handphone, lappy, skirts, headbands, lipsticks dan gloss… (alahai…tersenyum aku dibuatnya..)
Disebabkan aku dah klasifikasikannya sebagai cerita berkualiti medium yang ringan, maka – bagi aku,  ringan jugalah paparannya. Cerita tentang perasaan dan cinta dan airmata dan kecewa dan gembira, akhirnya…klise atau cliché..
Tiada  yang terlalu menarik dalam cerita ringan ni kecuali yang aku sebut di atas- cinematography.dan hasil lakonan Lisa dan Beto – really great talents.. dan aku sangatlah tak faham kenapa dalam ramai-ramai pelakon, Tomok yang terpilih membawakan watak Azad yang bermulut JAHAT dan “jantan” tak setia..gelak besar bila tengok scene gaduh-gaduh kat apartment Azad. Bukan sebab lucunya scene tuh..tapi sebab pelakonnya yang kaku tak menjadi..alahai..sangat setuju dengan kata Kiki: nak gandingkan Beto dan Tomok???memang jauhlah…Beto memang penyelamat komedi romantik ni..(I personally don’t like him with this kinda of persona…am so used to watching this talent in great works like Jangan Ambil Padang Kami, Geng Surau, Juvana, and a drama about Selangor football team , can’t recall the title ..but he must have wanted to challenge himself with something new, gak kan..tak pe lah..)
TAPI.....
Yang banyak kali aku terperasan bila menonton cerita arahan Chauly, berskripkan tulisan Rafidah Abdullah ialah – unsur-unsur liberalism sinikal. Agak jelas tapi tak keras..dilembutkan, dihiasi dengan lontaran-lontaran dialog yang comel, bersahaja dan innocent, bunyinya…contoh??? salinan semula dialog tak 100% accurate, tapi kurang lebih begini dengarnya:
“Ala..kenapa I tak boleh tinggal kat sini..apa salahnya..tak kisahlah orang nak kata apa. Yang penting kita tahu, kita tak buat apa-apa” (or phrases to that effect).
(oooo..macam tuh, ya..duduk bermesraan atas katil, caressing, hugging, intimate physical contacts are all ok as long as we don’t do “that” thing – ermmmmm…shall we say, go to hell with what people say about us cos only we know what we do..maka: persetankanlah rasa hormat, malu dan segan pada jiran, budak-budak kecik, orang tua dll  yang mungkin memandang? dan tertanya-tanya?hilangkanlah batas-batas peradaban budaya?Nyahkanlah batas-batas agama?-opppsss..aku jadi JUDGMENTAL disini..maafkan)
“rupa-rupanya housemate I gay..he is gay..I tak kisahlah..I bukan jenis yang judgmental..”
(unsur-unsur homo memang sangat banyak dipaparkan dalam cerita-cerita melayu sekarang..tersangatlah liberal bila liberasasi seksualiti yahudi Hollywood dibawa sikit demi sedikit dalam industri filem kita..apa yang bagusnya tema camni, ya? Kalu tak diadakan babak-babak begini, tak boleh ker?? What are the directors/scripwriters hinting??? setahu aku..filem-filem berunsur seks dan homo tak diangkat dalam Golden Globe, Academy dll. Kecuali – Brokeback Mountain. Ini pun penuh dengan kontroversi sebab ramai pengkritik filem yang tak setuju dan terkejut dengan kemenangan filem Ang Lee  ni yang dirasakan tak setara kualitinya  dengan filem-filem lain yang bertanding.. tapi sebab yahudi pelopor Hollywood, apa pun boleh jadi kan…”Philadelphia” lakonan mantap Tom Hanks – one of my fav movies and actors , respectively pun menang Academy BUKAN sebab paparan porno homo tapi sebab ISU yang lebih besar yakni HIV/AIDS, diskriminasi seksualiti dll … what is so great in portraying two men french kissing and having sex???  and at the very first place, what is the point of having sex scene, hetero or homo in a plot itself? Does it help the movie to win the jury’s heart???don’t think so..really..try watch Iranian award-winning films..then you’ll know..)

Macam biasa, bila habis nonton akan timbul lah banyak perkara kat hati dan kepala! Perkara yang aku suka nak kongsi dah pun panjang lebar aku taip kat papan blog ni..ini penafian aku..yang tertulis sekadar pandangan aku, seorang penonton yang cetek ilmu filem..apapun..teruskan menonton hasil yang pelbagai..baru boleh belajar dan buat perbandingan..

TAMMAT: Istanbul Aku Datang – nak tengok suka-suka sebagai pemecah gelak sekali-sekali , layankan..


Tuesday 18 December 2012

BodohPandai

Dalam alam CerdikPandai, ada ramai yang BodohDungu.
tapi
Dalam alam KurangCerdikKurangPandai, amat sedikit yang bijak ilmu.
untuk
Yang Bijaksana, jangan sesekali hampiri lembah kedunguan,
kerna bukan itu asas kejadian.
buat
Yang Dungu, bodoh lagi membodohkan, sesekali cuba lawat kebun kebijaksanaan.
baru kita tahu manisnya tujuan: hidup atau kematian...

kebijaksanaan atau kedunguan - kita saja tentukan!


p/s: Si Tukang Catit ini pun, banyak masa bodoh alang orangnya..bertanya apa yang tiada perlu ditanya, merasa apa yang tiada perlu dirasa................... 

Saturday 8 December 2012

kekampungan AKU...


budak kampung??? TAPI tak pernah:

1- sauk/tangkap/pancing ikan kat tali air, sungai atau paya dibelakang rumah

2- main lastik/kejar itik ayam/halau lembu kambing yang sibuk memagut pandan dan bunga-bungaan 

3- lencun dek hujan, selut kaki tangan dan seluruh badan hasil berguling ditanah

4- petik pucuk ubi, gali kunyit lengkuas, pangkas pelepah pisang untuk dibalut ikan bakar

5- panjat pokok rambutan dan manggis dengan semut menggatal ke betis

maaf cakap..kalau tak pernah buat salah satu dari yang diatas ini..rasanya, ada sikit kurang pada diri kekampungan..


untuk entri ni aku nak kisahkan fakta 5..dengan MANGGIS sebagai fokus utama pengkisahan nyata seorang aku yang pada tika tertentu amat-amatlah kekampungan...panjang citernya manggis aku hari nih (kejadian ni berlaku tadi siang...Dis 8 2012...abaikan tarikh tertera pada gambar..my camera needs a reset and I've not yet figured it out ...that's me..can't neva make peace with gadjets & technology) hehe.


INI namanya pokok manggis..dahan mencapah kiri kanan dengan kekuatan fizikal yang agak gah..antara dahan paling kuat, lentur, tahan lasak dan tahan berat yang penah aku uji..tumbuh kiri kanan atas bawah berselang seli memudahkan manusia mengaut hasil mashulnnya..mudah memang mudah...tiada istilah "patah tumbuh, hilang berganti" dalam kamus idup pokok manggis..dahan manggis tak macam dahan rambutan..sekali dipotong, ia takkan bertunas semula..ia akan mengecut..kering, rapuh.. mati..bila dipanjat kena hati-hati..kalau tak..bibir cium tanah..percayalah #



BUKTI pembaziran tenaga manggis yang benar-benar berlaku dibelakang umah..bila dah terlalu banyak/ empunya terlalu sibuk/ takde masa, kederat dan selera nak merasa..maka inilah jadinya!bila dikait buah baru, hukum graviti mesti tarik buah tuh ke tanah. bercampur aduk pulak ngan buah buruk..langsung hilang jejak yang mana satu yang lama yang mana satu idak..macam mana nak kesan buah yang terkemudian???haha..yang kering tuh mestilah dah lama gugur dik non oiii..yang baru - bersemut banyak pada tampuk, tampuk sedikit hijau dan ada getah merah basah bila kulitnya sedikit luka hasil hentaman pada tanah tadi #






HAH..apakah???kalu nak cakap pasal kreativiti & inovasi lah kan..aku rasa orang kampunglah yang paling banyak mempraktikkan kedua-dua ni dalam idup sehari-hari..perhatikan botol plastik 1.5 ml ni elok2..dipotong bawahnya, disumbat mulutnya dengan galah besi ringan boleh laras dan diguna dengan jayanya dalam sesi memetik manggis...acukan galah inovasi ni pada buah..bila buahnya dah ranum masak, kerja lagi mudah.. kasi goyang sikit dan "tup..tup..."..akan jatuh bergoleklah buah-buah hitam merah pelbagai saiz kedalamnya..keje enteng... mudah dan murah sudah tentunya #




TENGOK  elok2 pada isi manggis nih..yang paling kiri dah hilang warna putihnya, yang tinggal hanya isi jernih, keras dan kurang enak tanda buah kurang mutunya. yang dua ke kanan sangat2lah menggoda.. putih..cantik terletak...manisnya toksah ceritalah..kira boleh mengancam nyawa bagi pemilik kencing bergula..menggoda tapi bahaya!!!


ok...dah nak tutup entri manggis nih..ke kamar beradu..letih mengerjakan pokok dan manggis...sila jamu mata untuk gambar-gambar dibawah sana...selamats!!!


my pick of the day..harvested from the ground & trees..hehe :)




the smaller the saiz the better to me..senang kasik ngap dalam mulut semua skali..


lari topik..belimbing buluh belakang umah: bahan utama sambal hitam pahang

 cantik kan..ciptaan tuhan..


 dalam angan belimbing buluhnya-----> "haishhh..jual..rebus..wat sambal itam..kaya2..tunang..kawin..best punya plan" ;p




Nunin: penjaga manggis dan pokok belimbing buluh yang setia :)



p/s: salah satu nikmat tak terluah pada diri aku ialah nikmat ada kampung  dengan laman keliling rumah dan tanah belakang sekangkang gajah..tempat tertanamnya pokok-pokok buah yang pelbagai, hasil bakti pada tanah milik tuhan - durian 3 batang, manggis 2 pohon, kelapa, pisang, dokong dan lain-lain pokok yang boleh mendatangkan tenang pada mata, kenyang pada jiwa ;) sungguh tenang...sungguh kenyang...


paling nikmat...inilah AKU......kekampungan AKU :=)


Friday 30 November 2012

be my MUSE...anyone???


 
(many thanks to indulge-sound.com)

On one of the heavenly days, after I’ve finished doing the chores, sitting before my pc..am re-watching this: MUSE Live in Wembley. It is kinda old, out-dated for they have been staging here and there since, but to me, it is never too late for a good music. Here are the amazing things I’ve caught while watching..


i) CORDLESS guitars – it is amazing to see how energetic, careless and free Matt’s movement is on stage -  thanks to the cordless strings! I cannot imagine the stage with tangled wires and cords. This fast-running vocal could have been all tied up, limited to certain ranges the way a fierce collared pit-bull tied to a doggy house. Errghh…could you imagine how insane that would be? unlike the rockers of the olden days who often went wild and crazy on stage, this cool dude is totally SANE, he hasn't gone out of his mind..haha. Matt is energetic..he is energy itself..that's what he really is! impressive, really...

ii) CUSTOM-MADE electric strings – these special guitars seem to be entirely owned by Matt. The glittering Silver/Black and Hot Red have this one special pad near the head of the strings that can do a kinda“disc-screeching” job, this time, Matt himself being the handy jockey. Fingers don't do the screeching. A single chip in Matt’s right hand will do J isn’t that just great? (i wonder what is that pad called...)

iii) THE CROWDS – they are well-disciplined and  c.r.a.z.y at the same time. I don’t see uncontrollably wild moshing, just jumping and waving their bodies to the rhythms.  I don’t see the circling crowds I saw in 30 Seconds to Mars’ clip, but just like Letto’s band, I believe, one knows that to the crowds, Muse is indeed another type of cult.. a Brit music cult..hehe.

iv) SHORT-HAIRED, LIL CLEAN-SHAVED, SUPER BRIGHT-STYLISH-SUITED rockers – Hello! Hot Red suits? Sparkling green pants? Short, neat hairdo? Clean-shaved/ short-tumbled jaws? There gone the days when rockers only donned blacks or whites or grey, tattered jeans, leather skinnies with long messy hair..you know what..these modern alt rockers look sexily great in bright colors : =)
  
v)  LITTLE gimmick – I personally believe, the lesser the gimmick staged, the more fun, the greater, the more satisfying a live performance is. This band with its skinny, un-handsome lead vocalist (sorry Matt..no hard feelings, yaa..) really knows their strengths: superb vocal, brilliant songs, great strings works etc. Why need gimmicks when this dude could easily reach that high notes while galloping east and west, south and north, strumming hard the sparkling guitars, rite?

vi) HIGHLY-BRILLIANT, DEEP lines – where else could you find great lines if not from the Brit artists (Coldplay and Keane's too are in my mind..)? Need some quotes from Muse? How about these:

My life, you electrify my life. Let’s conspire to re-ignite/
Our hopes and expectations, black holes and revelation/
My plug’ in baby, crucify my enemies/
You and I must fight for our rights, You and I must fight to survive


Duh…deep and brilliant, aren't they???

I listen to so many genres of music and sounds, having this habit of adjusting my ears from a certain amount of loudness ---> to soothing my drums & heart with the melancholy of a song ---->  to moving a bit of my head to musical coolness -----> to sitting still in my attempts to dig the meaning deep..yeah..the meaning, I dig deep ;)

I never call myself a big fan of any artist for I never wanna spend lots of money buying CDs, I never want to spend lots of time downloading their pieces though at times, I feel the urge to go to great concerts performed live (The only live concert I had ever gone was Raihan’s @ Bukit Jalil. Yes, that nasyidian Raihan..hey..stop grinning like that! not that smiles..nope..Would you “stop” please…)

MUSE? By chance of course! Introduced by my brothers, I’ve started savoring on their eccentricity, mystique, depth, peculiarity & musical sparks and unique identities – all intelligently owned by these Brits since my early 20’s. Hey! Try listening to Matt’s falsetto, the guitar works, the pianoforte, the lines...you can never mistake him/ Muse for someone else..really..I am not a big fan but my easy going attitude on music can make me see, hear and feel their differences perhaps, the way I see and hear Coldplay, Keane and Adele's - all brilliant musicians, aren’t they?.


p/s: for all this, I thank my strangely friendly ears for allowing my drums to experiment with different types of sound (my drums are as friendly as my tummy..really..haha) ..with few exceptions of course! my drums have made that NO face to the overly tangkap leleh, rebah mendayu, keluh-kesah ala eddie hamid's songs, kay..(terribly sorry mr composers..I'm just not "into" these kinda works...ampunkan AKU...) 



-again..enjoy the great arts and intelligent music...intelligence = you DECIDE- 
:)    ;)    :=)

Wednesday 28 November 2012

tertangkap CINTA & KENAPA...


Tangkap CINTA???

Haha..lain benar bunyinya entri kali ni.. tempias dari perbualan telepon aku petang tadi  dengan seorang kenalan baru (dia tukang jual kereta yang telah berjaya membantu aku membuka buku hutang 555555  di bank Islam hasil pembelian sebuah mesin yang dipanggil KERETA)

OK..Butir bicara, AKU dan DIA kurang lebih, begini :

Dia: Assalamualaikum Cikgu (panggilan yang cukup lemak manis di gegendangku - CIKGU)

Aku: Waalaikumussalam..haa..ada apa ya tepon akak?

Dia: keter ok tak Cikgu? Ada apa-apa problem tak?

Aku: OK kecuali tayar..baru ganti tayar baru  bla..bla..bla..bla..(ku ungkit2 kisah tragis tayarku)

Dia: Cikgu, saya nak tanya sikit ni..kawan Cikgu yang ari tuh dah dapat ke Kelisa nya?

Aku: OOOOOooooo..eh! tah..dah lama tak jumpa..dah dapatlah kot..awak tak tepon dia ke? Ingatkan dah dapatkan kelisa untuk dia..

Dia: Ala Cikgu..banyak ngat songehnya..nak warna itulah..tak nak warna inilah..susah..

Aku: (sambil gelak besar) laaa...macam tuh ke?  Tak  pe lah..

Dia: Cikgu..nak tanyalah...kawan cikgu tuh dah kawin ke? Camne rupanya, ya???

Aku: (gelak lagi  kuat) HAHAHAHAHAHAHA...nape puloknya?dah berkenan plak???

Dia: haha..(gelak2 malu). Takder...macam  suka nak kenal lebih rapat..mcm 1 kpala dengan dia..cun tak dia???putih tak kulitnya???tinggi? kurus? (pergh...demand ble tahan mamat sorang nih!)

Aku: haha..bagi akak ada cun gak lah..kulit setara akak..kurus..tinggi sikit dari akak.

Dia: OOOOOooo..kulit sawo matang lah???tinggi kurus, ya???

Aku: iya..nak tackle ke?rasanya dia single..

Dia: Tulah...macam minat..haha..ari tuh ada satu malam saya call Cikgu. Nak ajak minum2 kat Food Court Jengka..ingat nak suruh bawak dia laa..(tengok tuh..sikit punya cantik plan dia..haha)

Aku:  OOOOOOooo..ya..ya..ada..tapi 1..Dia nih jenis tak suka kuar-kuar malam  especially sorang-sorang..If nak jumpa mmg kena berteman laa..Dia nih agak islamik sikit tau...jenis yang suka pi ceramah agama..

Dia: OOOOOoooooooooo....pakai tudung labuh, ker???

Aku: Tak der la labuh sangat tapi pakai tudung yang agak besor gak  laa..lebih besor dari tudung akak. (aduh..tiba-tiba rasa malu memperakui yang ini..)

Dia: Alamak!nih jenis yang suka berceramah lah ya???ahhh..takut ahhh...nanti asyik kena ceramah ajer...haha..

Aku: eh....tak der lah macam tuh...bukan elok ker ??mestilah nak yang baik2 kan..

Dia: Ishhh...taknak lah...takut...

Aku: hah...kalu nak perempuan yang baik, kenalah jadi baik dulu...ko tuh...kenalah cukup solatnya..                        
   
Dia: ishhh...tu lah..tak cukup lagi sebenarnya...tak pe lah Cikgu...betul laa agama tuh penting..tapi nak yang simple2 ajelah..yang tahu asas agama dah ok..

Aku: kita mestilah nak pasangan yang boleh bawa kita ke arah kebaikan kan??baru betul..apa plak nak takutnya...(udah-udah...Cik Gie plak yang berceramah...)

Dia: Isshhh...tak perlah Cikgu...Saje je tanya..kalu ada masalah keter bagi  tau, ya...

(perbualan merisik cerita tadi berakhir dgn lafaz mulia: Assalamualaikum darinya)

OK..itu antara isi kandungan sembang2 aku dgn dia - Si Penjual Kereta. ..rupa paras dia, peribadi dia, pekerjaan dia, hatta sikap tipikal lelaki dia yang terang  jelas mengutamakan rupa paras (dia pun tidaklah kacak orangnya...sedang-sedang aja...hahaha..)  tak jadi fokus aku untuk entri ni..sbbnya mudah - aku secara dasarnya tak kenal dia secara mendalam..mana mampu dan tak ada adilnya aku nak kisahkan yang itu secara berlebihan...

Yang lebih menarik perhatian dan terkesan dan meninggalkan persoalan  (dalam konteks yang lebih besar dan indah yakni perkahwinan) :

KENAPA perlu ada rasa segan pada kebaikan? Bukan ke kebaikan yang boleh menjamin kebahagiaan dalam satu-satu bentuk perhubungan?

KENAPA kebaikan/kelebihan seseorang Hawa (dalam  kisah ni) menjadi batu penghalang perasaan? Sedangkan itulah kualiti yang patut Si Adam damba dari Si Hawanya – suri, bakal ibu, pendidik, penenang hati,  pengindah akhlaq buat diri Si Adam itu sendiri dan jika ber-rezki....seluruh  zuriat keturunannya.        
   
KENAPA  Si Hawa agak mudah untuk menerima kekurangan lelaki, tapi..Si Adam kelihatannya agak sukar menerima kelebihan terutamanya spiritual dan mental seorang Hawa walaupun dia sebenarnya kepingin Si Hawa yang itu sebagai suri?

KENAPA golongan Adam boleh saja tutup mata/menerima agak terbuka akan kelebihan Hawa dari segi material dan bentuk fizikalnya tapi rasa agak “kecil & tercabar” oleh kelebihan mental dan spiritual Hawa, sedangkan yang ini lebih besar kepentingannya dalam pembentukan keluarga dan keturunan yang baik-baik2, cerdik pandai, terpelihara adab dan kesantunannya?

KENAPA sukar bagi seorang Adam untuk melihat kebaikan/kelebihan seseorang Hawa itu sebagai dorongan untuk dia lebih mahu mendekati si Dia?dorongan agar dirinya sendiri berusaha untuk memperindah diri, membaiki apa-apa yang perlu diperbaiki..bukan untuk ikat hati duniawi  tapi lillahi....

DAN...KENAPA agak susah untuk Adam melihat kebaikan/kelebihan Hawa sebagai pedoman untuk dia terima hakikat sebenar yang  kelebihan & kekurangan dalam segala segi adalah tujuan hubungan – lengkap-melengkapi, cukup-mencukupi, tutup-menutupi antara satu dengan yang satu lagi..



Aissshhh....Susah sangat ke nak berfikir macam tu???? Tak paham AKU....memang tak paham...


p/s: Si Hawa subjek bicara ni masih tak tahu pangkal cerita..esok jumpa..pakat gelak besar sama-sama..hahaha!!!



Sunday 25 November 2012

UIA: Ruang Kecintaan :)

Ini ruang dan daerah persinggahan tiap kali aku bertamu ke Taman Budi & Ilmu, UIA..ruang yang takkan pernah lepas memberi rasa tenang dan nyaman dalam jiwa, hingga kini dari mula..

Menyertai Konferensi HEROES 2012, yang dibawah terakam kecintaan aku pada ruang dan daerah :)

Taman di sekitar CAC. Menenangkan.

PadaMU aku bersujud, PadaMU aku menyembah.

Buat Si Hawa - ruang bicara denganNYA

Tiap kali cuba memahamkan yang ini...jerih tapi...masih :)

Bakal-bakal imam - buat agama, bangsa dan Hawanya :)

Di balik Pejabat Pos.- Taman kecintaan saya, teristimewa. 

Pepohon tanpa bunga...

Subur berdiri..zikir dan zikir dan zikir..

Usaha TANGGA jaya..hehehe...

SubhanAllah..sungguh...

Yang banyak jasa - Si Pendamai Hati.

Disini bermula...

Tuhan...pohon makbulkan doa dan pinta..KAU tahu segala, aku tak mengerti apa-apa..





P/S: di lain hari, akan dikongsi apa yang dicatit dalam konferensi...
  

Sunday 18 November 2012

Gaza, here we are!!!




for You, here We are Gaza,
breathing dua'
our fleshes and bones stand here Gaza
our minds and souls
to Gaza flown!

stand proud Gaza,
stand tall, fight good!
pray hard, with zuhud and taqwa Gaza..
here We are, 
doing whatever We could!

envy hearts are kicking here, Gaza
We let you fight.. We let you strike!
Your hands, 
Your blood alone!


don't despair..don't loose Your grip, Gaza
for Jannah Allah let You go
to Jannah, there Palestinians will go!!!



Ya Rabb...give them and us strength..Amin.





Saturday 10 November 2012

terima kasih...




Sejak dari semalam, Sang Pendidik terima kiriman sms dan juga panggilan, menerima dengan senang, kasih dari yang telah dan pernah menerima didikan:


Terima Kasih 1, PD0021A, kiriman sms # 

Assalamualaikum mis...sya ------- . trima kasih..alhamdulillah sye dpt pointer 3.5..trima kasih skali lgi..doakn sye berterusan ya.misss..


Terima Kasih 2, PD0021B # panggilan telefon #

Assalamualaikum, miss. Saya ------ . Nak cakap terima kasih sebab saya dapat pointer 3.2. BEL cukup2 makan je miss. Maths saya dapat B+. Lepas tak miss, pointer 3.2 tuh?


Terima Kasih 3, ex-PD0021B # kiriman sms #

Salam miss..sy dpt 3.46 je..bel B+. Terima Kasih, miss (dikiriman kedua)


Terima Kasih 4, PD0021B # panggilan telefon #

Assalamualaikum miss, saya ------ dari PD0021B. Saya dapat 4.00 flat. Alhamdulillah. Terima kasih, miss. Saya cadang nak study business, tak nak account..tak minat..terima kasih, miss. Love you..


Berbunga harum hati Sang Pendidik..anak-anak didik ini datangnya dari gerombolan yang bertuah, diberi peluang dan wang untuk menimba ilmu, walau diri sedikit lemah, yakin sedikit kerdil, otak sedikit degil..ini anak-anak didik yang diberi ruang, gerunnya ditawan, peluang tak dipersia, usaha berjuta daya.

Sang Pendidik langsung tak mengharapkan apa-apa KECUALI pengharapan yang ini - hasil didikannya dimanfaatkan untuk ad-din, bangsa, negara, dunia dan akhiratnya.

Sang Pendidik langsung tak mengikat rasa keberhutangan budi dari mereka. Baginya, apa-apa yang digapai mereka adalah berkat usaha kendiri, dengan rantaian panjang kukuh doa si ayah dan ibu, bersulam cantik berlimpah kurnia dariNYA.

"Terima Kasih" bagi Sang Pendidik adalah bonus yang tidak diminta.. tapi bila diberi, dia pasti terbuka menerima..



p/s: TERIMA KASIH yang mendidik & yang dididik sekalian kerana mengajar aku memberi dan menerima kasih. Sungguh...kasih kalian, telah aku terima.







Thursday 8 November 2012

...dan biarkan jiwaku, cumbui jiwamu.



The chorus is one of the best I have ever listened to. If not Once and Dewa's, just from where else could you get the poetically straightforward lines, rite??? The sound, the string works, vocals, lyrics - all uniquely belong to this band..a great talent, they are indeed..

Cheers to great arts and works!


Friday 2 November 2012

so DIFFICULT these guys..

Gie
32, Jalan Pencerahan 
32000 Bandar Minda
Malizi.

Nov 2, 2012
_____________________________________________________________________________

Mr. George Orwell & Mr. Ernesto Che Guevara
London Street & Havana Calle
0000000000 Posthumous Town
Gone World.

Dear Mr. Authors,

Call me Gie, am Malizian. For many months, I've been trying to get your, (Orwell's) books Sir, entitled "Animal Farm" & "1984" and yours, Che, "Ernesto Che Guevara: The Reminiscences of the Cuban Revolutionary War".

I admire your both great pieces, hoping to learn things, to gain and share ilm, the way my religion teaches me and others.

I believe reading you will lead to a better understanding among people of great differences, the thing that has slowly faded from this modern land, causing  chaotic, torn, troubled and unhappy world. Although your both politico-religio stances are different from mine, I believe that people do share similarities cos we after all, are humans with feelings, brains and emotions.

I'll keep on looking for your great pieces despite them books and you guys being "DIFFICULT ".

Good Bye, Sir! Adios, Che!


Warm Wishes,
Gie

p/s: By the way guys, I love your both cool pics and quotes..Google Image really does a lot of wonders!

--------->       ---------->    
                                favimages.com                                                   woodysblues.tumblr.com 


Saturday 27 October 2012

...................................korban.

WHI dipagi Eiduladha, diskusi "korban" kurang lebih, begini faham kesimpulannya:

Jika seorang lelaki menikahi seorang wanita kerana Allah, dia akan terima wanita itu seadanya. Tertakdir isterinya jatuh sakit, akan wujud kekuatan untuk dia berbakti menjaga isterinya, bukan kerana wanita itu adalah isterinya, bukan kerana kasihankan mentua, bukan kerana terpaksa, bukan kerana apa-apa tetapi kerana wanita itu adalah jodoh Allah untuknya, dinikahi keranaNYA, dicintai keranaNYA dan dijaga rapi tatkala uzur, longlai, busuk dan buruk juga, keranaNYA.  Tuntutan batiniah tak terlayan,  rupa paras tak lagi tertawan takkan menjadi kisah kerana wanita, isteri - pelengkap rusuk kirinya itu adalah anugerah Allah untuk dirinya. Demi Allah, apa jua keadaan Si Hawa, Sang Adam rela..dia terima..dia redha..

terima kasih: diaterimanikahnya.blogspot.com 



Nota Kaki: Lillah... Aku terima nikah... 

Sang Adam yang redha @ http://abil4fauziah.blogspot.com/



Sunday 21 October 2012

Runtun Hati:"Zam Zam ke Tanah Haram".

-Kiblah Saya-
Hati saya agak terpalu membaca cerpen "Zam Zam ke Tanah Haram" yang termaktub dalam Laman Sastera Mingguan, sudah tentunya. Penceritaanya ringkas dengan baris-baris kata pendek tapi dalam. (Saya amat mengkagumi kemampuan penulis-penulis melontarkan ide serba ringkas tapi maha padat dengan maksud cantik terikat - satu pekerjaan yang sedang cuba untuk saya usahakan dalam penulisan sendiri dek kerana diri yang agak "wordy" ). Dalam  "Zam Zam ke Tanah Haram", susun katanya cantik, lenggok bahasanya menarik, membunga bangga akan indah seri Bahasa Ibunda sendiri :)

Paling runtun hati terpaut pada mesej pengkisahan - betapa besarnya kasih Sang Anak memaut tangan Ayah dan Ibu menggapai bintang impian -  mahu bertamu ke rumah Tuhan - setelah puluhan tahun Ayah dan Ibu menenggelamkan rasa, demi sesuap nasi anak dan ilmu pendidikan..Benar, saya terkesan. 

"Zam Zam ke Tanah Haram" -  Dipersila, cumbui ia:



ARKIB UTUSAN ONLINE: 21/ 10/ 2012