Saturday 27 October 2012

...................................korban.

WHI dipagi Eiduladha, diskusi "korban" kurang lebih, begini faham kesimpulannya:

Jika seorang lelaki menikahi seorang wanita kerana Allah, dia akan terima wanita itu seadanya. Tertakdir isterinya jatuh sakit, akan wujud kekuatan untuk dia berbakti menjaga isterinya, bukan kerana wanita itu adalah isterinya, bukan kerana kasihankan mentua, bukan kerana terpaksa, bukan kerana apa-apa tetapi kerana wanita itu adalah jodoh Allah untuknya, dinikahi keranaNYA, dicintai keranaNYA dan dijaga rapi tatkala uzur, longlai, busuk dan buruk juga, keranaNYA.  Tuntutan batiniah tak terlayan,  rupa paras tak lagi tertawan takkan menjadi kisah kerana wanita, isteri - pelengkap rusuk kirinya itu adalah anugerah Allah untuk dirinya. Demi Allah, apa jua keadaan Si Hawa, Sang Adam rela..dia terima..dia redha..

terima kasih: diaterimanikahnya.blogspot.com 



Nota Kaki: Lillah... Aku terima nikah... 

Sang Adam yang redha @ http://abil4fauziah.blogspot.com/



Sunday 21 October 2012

Runtun Hati:"Zam Zam ke Tanah Haram".

-Kiblah Saya-
Hati saya agak terpalu membaca cerpen "Zam Zam ke Tanah Haram" yang termaktub dalam Laman Sastera Mingguan, sudah tentunya. Penceritaanya ringkas dengan baris-baris kata pendek tapi dalam. (Saya amat mengkagumi kemampuan penulis-penulis melontarkan ide serba ringkas tapi maha padat dengan maksud cantik terikat - satu pekerjaan yang sedang cuba untuk saya usahakan dalam penulisan sendiri dek kerana diri yang agak "wordy" ). Dalam  "Zam Zam ke Tanah Haram", susun katanya cantik, lenggok bahasanya menarik, membunga bangga akan indah seri Bahasa Ibunda sendiri :)

Paling runtun hati terpaut pada mesej pengkisahan - betapa besarnya kasih Sang Anak memaut tangan Ayah dan Ibu menggapai bintang impian -  mahu bertamu ke rumah Tuhan - setelah puluhan tahun Ayah dan Ibu menenggelamkan rasa, demi sesuap nasi anak dan ilmu pendidikan..Benar, saya terkesan. 

"Zam Zam ke Tanah Haram" -  Dipersila, cumbui ia:



ARKIB UTUSAN ONLINE: 21/ 10/ 2012

Wednesday 10 October 2012

Tuhan, tolong makbulkan..

Zuhur,
baru tadi sebentar
saya terima permintaan
seorang perempuan
kepingin bertamu ke rumah Tuhan
tapi malang
hilang mahram, tiada teman.

"Mohon temani saya ke rumah suci itu, padaNYA mahu diluah,  hati berat gundah. Saya damba tenang..jiwa lemah kepalang" katanya, tenang..

Mulus jiwa, saya bertanya..."kemana Adam, mu? tak teringin, ke sana, dia sama-sama bertamu?"

Tetap tenang, dia memberi jawapan.."Innalillah..bergegar lagi arash Tuhan.. Julai lalu...saya ditalakkan"

Amat..hati terkesan...
Atas hamparan Asar...manik-manik jatuh berguguran.
 
Jika ini hikmah percaturan..
terpanggil lagi untuk saya bertamu,Tuhan..
Sungguh...
saya pohon, Ya Rabb...tolong permudah..mohon makbulkan....

Sunday 7 October 2012

UIA:Serving the Ummah..

My journey to UIA has brought me to a big surprise when I entered the main entrance..It is UIA's 28th convocation. The all smiling faces of parents', proud graduates at the CCAC Hall, the turquoise robes lining up on the grand stairs, fresh roses-carnations-lilies topped with cute bears, the indescribable happiness of the academics who have endlessly educated the many generations of the Muslim world..all making me deeply touched by this beautiful garden. BUT I was (still am) more deeply touched by this...

At the back of a shirt worn by one of my bros, it writes :

International Islamic University Malaysia
21 Years:
Serving the Ummah

(That is a kinda-walking-down-the-memory-lane t-shirt, for the 21st convocation, I know..)


I could not agree more with the last line..in UIA, WE service neither race nor ethnicity, WE champion neither color nor language..in UIA, WE are serving the ummah..
YES..WE really are.. serving the ummah!







May Allah shower His endless blessing to UIA and other gardens of ilm..VIVA UIA!Ameen..











Wednesday 3 October 2012

Of Letting Go...

FOR many moons and suns,
for many days and nights,
locking IT in my heart,
braving heats and rains,
kissing laughs and pains,
hugging loves and cares,
feeling things I would/ I could never dare.

I'm letting IT go..YES..TODAY...with tears...I'm finally, letting IT go..