Ada apa ya dengan Jengka? Nampak biasa-biasa aja..ruang lingkupnya kecil..bangunannya rendah dan nampak murah..Jualannya mudah..tiada galeri berkaca tebal, tempat orang menjual dan mencari kereta-kereta mewah di sini..Rolls Royce? Bentley? Lupakan..hatta show room Kancil, Kelisa, MyVi pun langsung tak kelihatan..
Yang memang ada dan ujud:
Goreng Pisang rangup di sudut B5
Nasi Campur dan Teh 3 Lapis sebelah Bank Agro
Roti Canai sedap kat kedai mek-mek kelate, premis tak bernama di depan Pejabat Pos
Kedai makan Mak Ngah..Pohpaleh...Yak (aku tertanya-tanya dari mana asal kejadian perkataan YAK ni..dalam Kamus Longhat-Longhat Pahang di Pustaka Lidah ku, tak pernah pulak ketemu yang ini...YAK???)
Arked MARA yang agak luas dan selesa suraunya, syukur.
Jangan carikan pencakar langit seperti bangunan Tabung Haji..Menara Telekom dan KLCC..memang takkan terjumpa kat sini (alahai...apalah nak diherankan...bukanlah mak bapak kita punya pun..)
KFC pulak, baru saja tahun lepas menapak menunjukkan diri..ada atau tidak, aku kurang kisah..perut melayu Jengka aku sedikit kurang senang dengan lambakan makanan segera..bukan langsung tak makan..ada masa keinginan..tapi? kurang makan..
Bukan elok sangat pun makan kepak-kepak ayam gebu dek suntikan hormon. TAK bagus sangat pun minum air berkarbonat manis leting nih..tahu..kita memang tahu..tapi kenapa yang itu juga mak, bapak, to'ki, tok, akak abang hidangkan buat si kecil comel tercinta, ya???aish..manusia..manusia...
Aku dan Jengka dah kenal lama..376 purnama lamanya..asal dibesarkan di Lorong Fajar (Jalan M- nama kunonya), di ajari muqaddam, di tabika kemaskan, disekolah rendahkan disini..berpindah kemudiannya, juga di Jengka, dalam 20-30 minit jaraknya...aku dan Jengka...tak pernah berpisah lama...
JENGKA...serupa macam Gombak, Bukit Antarabangsa, Shah Alam, Kelang, dan lorong-lorong belakang yang hitam - ada kurang dan ada lebihnya.
Lebihnya aku bertapak di Jengka bila aku:
# Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan solat subuh sambil diiringi zikir-zikir dari cik Murai dan Ciak dan sepupunya, ayam..chip..chip..kok..kok..kok..chit..chit..chit..(kat umah sewa aku ada ibu ayam beranak 7...wah..cukup 1 team netball dan si ibu ayam selaku coach)
# Menghidupkan enjin kereta, membuka radio kegemaran dan menekan minyak menuju ke tempat kerja dengan hati gumbira kerana tiada kesesakan, kegelisahan, kebingitan dan kegusaran trafik, walaupun aku keluar dari rumah hanya beberapa minit sebelum jam 8.. (aku sebenarnya "early bird", yang akan tercanguk kat UiTM seawal 7.30 pagi, terbang mencari-cari makanan buat sarapan)
# Tak ada banyak hiburan..tak der "bowling alley"..takder GSC & TGV..tak der HAJABA/ZARA..butik-butik besar yang termasyhur dan terhibur untuk di hanguskan segala duit-duit gaji yang aku dapat tiap cukup bulan..(ini sekadar hipokrasi..walau tiada yang disebut tadi..duit keluar laju jugak..hanya orang yang dah keje macam aku paham dengan gerhana kewangan seperti ini!)
Tapi..bila bertapa di Jengka, kurangnya aku:
# Bila tak dapat nak melayan kecintaan, bercengkerama dengan buku di toko-toko buku yang besar macam MPH..KINO..macam yang aku selalu buat masa belajar dulu..dah tak dapat nak lepak-lepak atas karpet MPH Mid Valley yang sangat luas itu...rindu akan waktu itu :(
# Bila tak dapat lagi menggunakan LRT Putra, menelusuri rel bengkang-bengkok dari Terminal Putra Gombak ke Masjid Jamek Kuala Lumpur..menikmati seni grafiti kreatif dan indah oleh artisan-artisan tak bertauliah, pada tembok-tembok sepanjang sungai yang tak aku tahu namanya, grafiti luahan rasa anak muda bandar yang serba tak kena/ serba tak cukup/ serba tak tenteram, grafiti pelbagai bunyi, dari secomel-comel lukisan ke seburuk-buruk seranah dan carutan..Gov. F*&%$c+K you! Sh!!tuuu$@TTT!j@l%$@#*ng!!!
# Bila tak dapat lagi menikmati filem-filem segar dari ladang pengarahan!Deklamasi-deklamasi puisi dan mainan gitar kapok jalanan, gegak-gempita pentas teater murah pelajar yang selalu saja mendatangkan senyum hingga ke telinga..rugi ahh..rugi...
Apa-pun...hikmah hidup ni ada dimana-mana..di Jengka atau di Kuala Lumpur..tempat..tanah...ruang lingkup tak bermakna apa-apa. Yang paling penting sebenarnya: apa yang aku BUAT di tanah tu...apa yang aku BELAJAR dari tempat tuh...dan..apa yang aku BERI kepada tempat aku berdiri mencari rezeki dan ilmu..
Hidup dimana-mana pun kita..harusnya kita lebih banyak memberi dari menerima. Ini pelajaran yang aku kutip dari tontonan hebat Lasykar Pelangi dan coretan kata-kata John F.Kennedy yang pernah melaungkan "Ask not what your country can do for you. Ask what you can do for your country"
Sejujurnya...Kita harus belajar untuk lebih menghadiahi..bukan dihadiahi..
P/S: Sesiapa yang tak pernah tengok "Lasykar Pelangi"...pergi segera dapatkan kisah indah nih...cepat!Sebelum terlambat!
No comments:
Post a Comment