Semalam..Jam 3.03 pagi aku terjaga dari tidur..buat sekian kalinya..dalam beberapa bulan kebelakangan ni..ada satu perasaan tak tergambar bila selalu sangat terjaga waktu-waktu sebegini..waktu terganggunya nikmat yang Allah bagi ni lebih kurang sama..tepat jam 3.00,3.03, 3.30 dan pernah beberapa kali tiba-tiba terjaga jam 3.33..semuanya TIGA..
issshh..teringat-ingat pulak cerita "The Exorcism of Emily Rose"bila mana peguam agnostik yang mewakili paderi dalam kes Emily vs Catholic Church kerap terganggu tidurnya pada pukul 3.00 pagi sepanjang perbicaraan kes.kata si paderi.."inilah waktu-waktu syaitan "seronok" menganggu manusia..dipilih tiga sebagai simbol triniti kristian yang sengaja diejek-ejek dan diketawakan setan". dalam satu tontotan TV, aku jumpa sisi TIGA yang lain tapi berkaitan..Jesus dikatakan mati disalib tepat jam tiga..tiga..tiga..tiga...
ehh..kenapa pulak dikarutkan tentang pukul tiga nih...bukan ini tujuan dan niat entri ni di tulis...maap.
Aku sebenarnya terjaga dari mimpi..yang mencampur-baurkan lagi rasa tak senang dalam hati yang dah sudah tersedia gelisah..
dalam minda sub-conscious ku...Aku dan rakan-rakan APB mahu melelapkan mata di dalam sebuah bilik..katilku letaknya di tepi tingkap..dalam jerih payah cuba nak lelapkan mata..terdengar bunyi budak-budak bertempiaran lari sambil menangis..dan..terdengar suara toki (atuk) aku marah-marah, keliling rumah sambil melibas-libas rotan, menjerit mengatakan "Pegi!Lari!jangan ganggu anak cucu aku.." berkali-kali jugaklah Aki menjeritkan yang itu sambil meligan anak-anak kecil tu disekeliling rumah...iya..suara tegas Aki yang dah lama pergi menghadap Illahi...terngiang-ngiang bunyi bising kat luar umah masa tuh..
sambil aku cuba cari koordinasi diri..Eh..hati tertanya "macam mana boleh tido kat sini?" Aduh..kecut perut ahh bila tengok kanan kiri yang aku sebenarnya dalam salah sebuah bilik di rumah arwah toki dan tok di Tanjung Medang! Bersama-sama rakan jabatan..(lorr...apa kisah Kak Lini dengan Bos Besar, Kak Kam masuk sekali dalam mimpi aku nih???) mimpi..mimpi..
Tak cukup dengan itu...aku beranikan diri untuk bukak tingkap..jengok apa yang berlaku diluar sana..dari atas rumah...sah!nampak kelibat Aki dari belakang..berbaju pagoda putih kegemaran bila dia berkebun di laman..
Dalam asyik menjengok..terlihat pulak segerombolan kucing pelbagai warna..menyeringai marah..merenung aku seperti memandang kucing jantan lawan beradu lagaknya..paling aku ingat!Kucing warna kuning-oren pandang aku tepat kat mata..menyeringai marah..sgerrhhh (bayangkan bunyi kucing marah)...rasa takut sambil hati bertanya :ini bukan si Kuning Kak Ani, jiran aku kat J.25 ker???
Pastu aku terus carik kelibat Aki..dia masih lagi membelakangi aku..masih lagi berpagoda putih dan..masih lagi menghayun rotan sambil kata "Pegi!pegi!"..masih lagi menghalau budak-budak kecil yang pelbagai bentuk tubuh di depannya (tak nampak muka..semua membelakangkan aku)...walau pun samar-samar penglihatan..aku tahu yang dihalau itu bukan manusia..dan bukan jugak hantu!dan..dalam beberapa kelibat budak-budak yang dihalau dengan rotan tu..aku ternampak, juga dari belakang, seorang budak perempuan lengkap berpakaian seragam sekolah rendah..bertudung dan berkurung putih dan berkain biru gelap!Sudah...
Jam 3.03 pagi tadi...aku terjaga dari mimpi yang ini...
Takder peluh yang mengalir bila terjaga tiba-tiba tadi..cuma hati memang sangat tak senang..sangat-sangat tak keruan..aku cuba sambung tido..tapi tak mampu..cuba paksakan mata untuk tutup..tapi gagal..ke kiri ke kanan cuba alih pembaringan..tapi..hajat nak sambung nikmat tido tak tercapai..sampailah ke Subuh..
Aku bukan seratus peratus "superstitious".. Bukan jugak seorang "sceptic" yang tak mempercayai kewujudan mahkluk selain aku dalam dunia ni..sebagai seorag Muslim..aku wajib mengimani kewujudan makhluk dan janji tak terlihat seperti malaikat, syurga neraka dan kiamat..
Tapi...terjaga dari mimpi detik tiga pagi..mimpi yang menurut kata setengah orang, mainan syaitan...dengan versi-versi 3.03, 3.30, 3.33...dengan kelibat dan suara arwah Aki.kejadian di rumah peninggalan, tempat aku dilahirkan memang sedikit mendatangkan tanda tanya..
Di siang harinya..dengan mimpi jam 3.03 pagi masih melekat kat kepala..aku masih tertanya-tanya kenapa..
kenapa budak-budak yang dihalau dirotankan..
kenapa Aki jerit "Pegi!Pegi!Lari!"..
kenapa sekumpulan kucing garang yang muncul..bukan ayam kapas, ayam hutan, ayam bulu balik, ayam Israel, ayam kampung ynag memang banyak Aki bela menyeringai dan mematuk-matuk marah...(ayam boleh menyeringai kah???ish..)
Di siang harinya jugak..lama-lama aku pikir..tercetuslah kemungkinan-kemungkinan kenapa itu yang aku mimpikan...
i) Mungkin saja adegan halau dan rotan sebagai peringatan buat aku dan cucu-cucu Aki yang lain untuk terus ke sekolah...belajar..berusaha..jangan sesekali malas..(aku akur..saat anak didikku mula bercuti panjang...ada semacam satu bongkah kemalasan yang sangat besar menghempap diri..sedangkan terlalu banyak tugas dan amanah yang menanti..malu dengan diri..)
ii) Paling mungkin..aku rindukan suasana kampung..Tanjung Medang..tanah dan rumah kampung tempat aku, angah dan arwah abang de dilahirkan oleh emak..32, 31 dan 28 tahun sudah..aku rindukan rumah kayu berbilik tujuh tu..rumah kayu yang ada telaga sangat dalam di ruang dapurnya..aku rindukan rumah bertiang sederhana tinggi tu..cukup tinggi untuk menyorokkan aku, adik-adik dan sepupu sepapat yang sibuk mencari "pucong" di balik-balik pasir di bawah rumah Aki...
iii) Paling paling mungkin ...yang aku amat yakin...melalui mimpi tu, Aki mungkin mahu mohon fatihah dan doa disedekahkan buatnya..sekian lama dia meninggalkan dunia..ada masa aku sedikit leka dan kedekut masa untuk lebih panjang bertadarus dan bersedekah doa..untuk dia, tok dan arwah adik yang dah lama tiada..
Apapun..ada mesej di sebalik mimpi mainan tido aku tu..dan..hasil dari ketidakmampuan aku melunaskan saki baki tidur..di siang harinya..aku sedikit mamai tatkala melunaskan tugasan domestik di rumah mak ayah..
paling besar kesannya, bila terjaga dari mimpi yang agak "ngeri" tu..bahu sebelah kiri ku terasa sakit amat..otot kejang dan leher tegang..tak mampu nak di kirikan..aduh..tercabut seketika nikmat tuhan..tak boleh nak tunduk badan..tak boleh nak angkat tangan..susah beb..memang susah..(kena himpap ngan sanak sedara Lucifer???aissh...berat nih!)
Tutup entri ni..
Buat Mohamed b. Resad, Zauyah Jusoh, Kamarul Haizam Baharum..juga muslimin muslimat yang telah pergi..Al-Fatihah buat kalian..maafkan aku..andai ada tika aku leka dan lenyap rindu..doa untuk kalian akan sentiasa ada, izin Allah..
No comments:
Post a Comment