Thursday, 20 December 2012

Istanbul Aku Datang:Layan...



turkeytravelresource.com

Tadi malam aku, Kiki and Aishah berkongsi tontonan di ASTRO. Bahan tontonan – “Istanbul Aku Datang”. Ceritanya  bagi aku, biasa-biasa aja. Tak terlalu “low”, tak terlalu ‘high”..medium..cerita cinta ringan yang boleh meringankan sikit beban hati dan kepala lepas 7-8 jam bekerja..
Menariknya cerita ni bila Istanbul dijadikan lokasi utama.pemandangannya cantik dengan Masjid Biru banyak terfokus pada layar cerita.kerja kameranya cantik.kemas.bila layar terfokus pada lorong-lorong berbatu kasar tak rata (cobbled stone), anak tangga apartment, bangunan bercat kuning terang tempat Haris dan Dian berkongsi menyewa, bilik bertema lavender milik si gadis – timbul rasa tertarik dalam hati..
Cerita cinta ringan ni penuh dengan warna. Dari warna alam hinggalah ke warna-warna terang kasut, beg, dan baju milik Dian dengan fesyen yang bagi aku si tuli fesyen –fesyen tah apa-apa. Ada pengaruh K-Pop dalam seleksi wardrobe nya..cute and weirdo..sangatlah janggal kalu dipakai di Malaysia!
Identiti Bernard Chauly sangat kuat pada filem ni. Tak pernah tonton Pisau Cukur tapi Gol & Gincu udah. Cerita-cerita si pengarah ni selalunya dipenuhi perempuan-perempuan lawa yang comel dan gedik dan geletis dalam satu masa..berhias comel, cantik, ceria dengan warna-warni.perempuan moden tipikal yang amat attached dengan gajet dan teknologi, fesyen bergaya  dan make-up sudah tentunya..seolah-olah, dalam hidup seorang perempuan muda moden – tak ada apa yang lebih penting dari handphone, lappy, skirts, headbands, lipsticks dan gloss… (alahai…tersenyum aku dibuatnya..)
Disebabkan aku dah klasifikasikannya sebagai cerita berkualiti medium yang ringan, maka – bagi aku,  ringan jugalah paparannya. Cerita tentang perasaan dan cinta dan airmata dan kecewa dan gembira, akhirnya…klise atau cliché..
Tiada  yang terlalu menarik dalam cerita ringan ni kecuali yang aku sebut di atas- cinematography.dan hasil lakonan Lisa dan Beto – really great talents.. dan aku sangatlah tak faham kenapa dalam ramai-ramai pelakon, Tomok yang terpilih membawakan watak Azad yang bermulut JAHAT dan “jantan” tak setia..gelak besar bila tengok scene gaduh-gaduh kat apartment Azad. Bukan sebab lucunya scene tuh..tapi sebab pelakonnya yang kaku tak menjadi..alahai..sangat setuju dengan kata Kiki: nak gandingkan Beto dan Tomok???memang jauhlah…Beto memang penyelamat komedi romantik ni..(I personally don’t like him with this kinda of persona…am so used to watching this talent in great works like Jangan Ambil Padang Kami, Geng Surau, Juvana, and a drama about Selangor football team , can’t recall the title ..but he must have wanted to challenge himself with something new, gak kan..tak pe lah..)
TAPI.....
Yang banyak kali aku terperasan bila menonton cerita arahan Chauly, berskripkan tulisan Rafidah Abdullah ialah – unsur-unsur liberalism sinikal. Agak jelas tapi tak keras..dilembutkan, dihiasi dengan lontaran-lontaran dialog yang comel, bersahaja dan innocent, bunyinya…contoh??? salinan semula dialog tak 100% accurate, tapi kurang lebih begini dengarnya:
“Ala..kenapa I tak boleh tinggal kat sini..apa salahnya..tak kisahlah orang nak kata apa. Yang penting kita tahu, kita tak buat apa-apa” (or phrases to that effect).
(oooo..macam tuh, ya..duduk bermesraan atas katil, caressing, hugging, intimate physical contacts are all ok as long as we don’t do “that” thing – ermmmmm…shall we say, go to hell with what people say about us cos only we know what we do..maka: persetankanlah rasa hormat, malu dan segan pada jiran, budak-budak kecik, orang tua dll  yang mungkin memandang? dan tertanya-tanya?hilangkanlah batas-batas peradaban budaya?Nyahkanlah batas-batas agama?-opppsss..aku jadi JUDGMENTAL disini..maafkan)
“rupa-rupanya housemate I gay..he is gay..I tak kisahlah..I bukan jenis yang judgmental..”
(unsur-unsur homo memang sangat banyak dipaparkan dalam cerita-cerita melayu sekarang..tersangatlah liberal bila liberasasi seksualiti yahudi Hollywood dibawa sikit demi sedikit dalam industri filem kita..apa yang bagusnya tema camni, ya? Kalu tak diadakan babak-babak begini, tak boleh ker?? What are the directors/scripwriters hinting??? setahu aku..filem-filem berunsur seks dan homo tak diangkat dalam Golden Globe, Academy dll. Kecuali – Brokeback Mountain. Ini pun penuh dengan kontroversi sebab ramai pengkritik filem yang tak setuju dan terkejut dengan kemenangan filem Ang Lee  ni yang dirasakan tak setara kualitinya  dengan filem-filem lain yang bertanding.. tapi sebab yahudi pelopor Hollywood, apa pun boleh jadi kan…”Philadelphia” lakonan mantap Tom Hanks – one of my fav movies and actors , respectively pun menang Academy BUKAN sebab paparan porno homo tapi sebab ISU yang lebih besar yakni HIV/AIDS, diskriminasi seksualiti dll … what is so great in portraying two men french kissing and having sex???  and at the very first place, what is the point of having sex scene, hetero or homo in a plot itself? Does it help the movie to win the jury’s heart???don’t think so..really..try watch Iranian award-winning films..then you’ll know..)

Macam biasa, bila habis nonton akan timbul lah banyak perkara kat hati dan kepala! Perkara yang aku suka nak kongsi dah pun panjang lebar aku taip kat papan blog ni..ini penafian aku..yang tertulis sekadar pandangan aku, seorang penonton yang cetek ilmu filem..apapun..teruskan menonton hasil yang pelbagai..baru boleh belajar dan buat perbandingan..

TAMMAT: Istanbul Aku Datang – nak tengok suka-suka sebagai pemecah gelak sekali-sekali , layankan..


No comments: