|
-Kiblah Saya- |
Hati saya agak terpalu membaca cerpen "Zam Zam ke Tanah Haram" yang termaktub dalam Laman Sastera Mingguan, sudah tentunya. Penceritaanya ringkas dengan baris-baris kata pendek tapi dalam. (Saya amat mengkagumi kemampuan penulis-penulis melontarkan ide serba ringkas tapi maha padat dengan maksud cantik terikat - satu pekerjaan yang sedang cuba untuk saya usahakan dalam penulisan sendiri dek kerana diri yang agak
"wordy" ). Dalam "Zam Zam ke Tanah Haram", susun katanya cantik, lenggok bahasanya menarik, membunga bangga akan indah seri Bahasa Ibunda sendiri :)
Paling runtun hati terpaut pada mesej pengkisahan - betapa besarnya kasih Sang Anak memaut tangan Ayah dan Ibu menggapai bintang impian - mahu bertamu ke rumah Tuhan - setelah puluhan tahun Ayah dan Ibu menenggelamkan rasa, demi sesuap nasi anak dan ilmu pendidikan..Benar, saya terkesan.
"Zam Zam ke Tanah Haram" - Dipersila, cumbui ia:
ARKIB UTUSAN ONLINE: 21/ 10/ 2012
No comments:
Post a Comment