budak kampung??? TAPI tak pernah:
1- sauk/tangkap/pancing ikan kat tali air, sungai atau paya dibelakang rumah
2- main lastik/kejar itik ayam/halau lembu kambing yang sibuk memagut pandan dan bunga-bungaan
3- lencun dek hujan, selut kaki tangan dan seluruh badan hasil berguling ditanah
4- petik pucuk ubi, gali kunyit lengkuas, pangkas pelepah pisang untuk dibalut ikan bakar
5- panjat pokok rambutan dan manggis dengan semut menggatal ke betis
maaf cakap..kalau tak pernah buat salah satu dari yang diatas ini..rasanya, ada sikit kurang pada diri kekampungan..
untuk entri ni aku nak kisahkan fakta 5..dengan MANGGIS sebagai fokus utama pengkisahan nyata seorang aku yang pada tika tertentu amat-amatlah kekampungan...panjang citernya manggis aku hari nih (kejadian ni berlaku tadi siang...Dis 8 2012...abaikan tarikh tertera pada gambar..my camera needs a reset and I've not yet figured it out ...that's me..can't neva make peace with gadjets & technology) hehe.
INI namanya pokok manggis..dahan mencapah kiri kanan dengan kekuatan fizikal yang agak gah..antara dahan paling kuat, lentur, tahan lasak dan tahan berat yang penah aku uji..tumbuh kiri kanan atas bawah berselang seli memudahkan manusia mengaut hasil mashulnnya..mudah memang mudah...tiada istilah "patah tumbuh, hilang berganti" dalam kamus idup pokok manggis..dahan manggis tak macam dahan rambutan..sekali dipotong, ia takkan bertunas semula..ia akan mengecut..kering, rapuh.. mati..bila dipanjat kena hati-hati..kalau tak..bibir cium tanah..percayalah #
BUKTI pembaziran tenaga manggis yang benar-benar berlaku dibelakang umah..bila dah terlalu banyak/ empunya terlalu sibuk/ takde masa, kederat dan selera nak merasa..maka inilah jadinya!bila dikait buah baru, hukum graviti mesti tarik buah tuh ke tanah. bercampur aduk pulak ngan buah buruk..langsung hilang jejak yang mana satu yang lama yang mana satu idak..macam mana nak kesan buah yang terkemudian???haha..yang kering tuh mestilah dah lama gugur dik non oiii..yang baru - bersemut banyak pada tampuk, tampuk sedikit hijau dan ada getah merah basah bila kulitnya sedikit luka hasil hentaman pada tanah tadi #
HAH..apakah???kalu nak cakap pasal kreativiti & inovasi lah kan..aku rasa orang kampunglah yang paling banyak mempraktikkan kedua-dua ni dalam idup sehari-hari..perhatikan botol plastik 1.5 ml ni elok2..dipotong bawahnya, disumbat mulutnya dengan galah besi ringan boleh laras dan diguna dengan jayanya dalam sesi memetik manggis...acukan galah inovasi ni pada buah..bila buahnya dah ranum masak, kerja lagi mudah.. kasi goyang sikit dan "tup..tup..."..akan jatuh bergoleklah buah-buah hitam merah pelbagai saiz kedalamnya..keje enteng... mudah dan murah sudah tentunya #
ok...dah nak tutup entri manggis nih..ke kamar beradu..letih mengerjakan pokok dan manggis...sila jamu mata untuk gambar-gambar dibawah sana...selamats!!!
my pick of the day..harvested from the ground & trees..hehe :)
the smaller the saiz the better to me..senang kasik ngap dalam mulut semua skali..
lari topik..belimbing buluh belakang umah: bahan utama sambal hitam pahang
cantik kan..ciptaan tuhan..
dalam angan belimbing buluhnya-----> "haishhh..jual..rebus..wat sambal itam..kaya2..tunang..kawin..best punya plan" ;p
Nunin: penjaga manggis dan pokok belimbing buluh yang setia :)
p/s: salah satu nikmat tak terluah pada diri aku ialah nikmat ada kampung dengan laman keliling rumah dan tanah belakang sekangkang gajah..tempat tertanamnya pokok-pokok buah yang pelbagai, hasil bakti pada tanah milik tuhan - durian 3 batang, manggis 2 pohon, kelapa, pisang, dokong dan lain-lain pokok yang boleh mendatangkan tenang pada mata, kenyang pada jiwa ;) sungguh tenang...sungguh kenyang...
paling nikmat...inilah AKU......kekampungan AKU :=)
2 comments:
I've done all of the 5 ;)
hahaha Nin.done all??congrats!-real kampungan, sis..
Post a Comment