Saturday, 5 May 2012

Broken Pieces to be Mended???nah...

One of my favorite Brit artists..of course Coldplay will always be my NUMERO UNO..but Morrison is worth listening especially in this soulful piece..listen to the chorus..u'll know what i mean :)




p/s: Fret not..no heart broken!no suitcase thrown tonite!lols

Friday, 4 May 2012

Puitis Aku: Puisi 2

Dia Wanita Hebat

semalaman
terlantar
dia sendiri
tanpa teman
sepi
di katil rumah sakit

tukar perkhabaran
bertanya rasa
kongsi perit duka

tanpa hujan dimatanya
tanpa guruh di kotak suara
dia bicara:
"tak mengapa...saya redha..."

aduhai,
cukup hebat wanita itu
tenang, redha bersatu
dia
baru saja melahirkan
ke dunia
seorang lelaki tidak bernyawa

tak mengapa...
 seadanya
dia terima
Anugerah sesaat dariNYA...




coretan hati terkumpul
5.00 ptg, Mei 3 2012
Wad Antenatal
Hospital Temerloh


Tuesday, 1 May 2012

BERSIH 0.3:Yang Bodoh dan Rugi adalah KITA



(mungkin saja akan ada yang berkata video ni boleh direka-reka plotnya..pedulikan..manusia takkan pernah kepuasan..sedangkan nikmat nyata Allah pun, manusia mampu pertikaikan (baca Surah Ar-Rahman..insaflah darinya), inikan pulak video rakaman manusia, iya tak?)


Pertama sekali: Terima kasih pada peserta BERSIH 0.3 yang  membantu menyelamatkan pemandu anggota keselamatan seperti yang terakam diatas..kalian memang berpikir waras, berhati emas ;) 


MULA BICARA: 


Datanglah ratusan versi BERSIH di bumi Malaysia.1 hakikat yang tak mampu aku nak tolak. Apabila tibanya hari-hari itu..Yang paling BODOH dan RUGI dan AIB dan MELULU itu adalah anak bangsa Melayu Muslim ku sendiri.


Dan hasil tontonan dan pembacaan ku...bolehlah aku sampaikan sedikit pandangan seorang insan yang amat bencikan KEGANASAN, KETERLAMPAUAN dan KEBODOHAN manusia yang amat mudah dibonekakan oleh orang lain..Antara kumpulan-kumpulan manusia yang aku nampak pada perhimpunan BODOH seperti ini adalah:


A) Pemimpin-pemimpin politik yang makan, minum, tidur dan jaganya hanyalah politik, politik dan politik.Teramatlah politik hinggakan hilang matlamat perhimpunan sebenar yang kononnya mahu tuntut kebersihan luar dan dalam, sangat rendah politiknya hingga sanggup membiarkan  rempuhan dilanggar dan mencetuskan provokasi-provokasi tertentu yang akhirnya memakan diri penyokong-penyokong itu sendiri.


Persoalan 1: sedang penyokong-penyokong buntu melulu "mengorbankan diri", para pemimpin ini, kemana pergi???


B)  Penganjur BERSIH yang katanya mahu himpun secara aman. Terlalu naif aku rasakan bila himpun secara aman diwar-warkan sebagai niat sebenar sedangkan masing-masing tahu..natijahnya nanti takkan seaman itu. BERSIH 0.2 menyaksikan kematian peserta.Tak mampukah kita pelajari apa-apa darinya?


Persoalan 2: Come On, BERSIH TEAM, this is Malaysia. U guys knew it damn well, how politically immature, indiscipline, clueless some Malaysians could be, how damn easy for the brainless young to be provoked and manipulated, how the hot and dry climate could provoke the unprovoked bodies and minds escalating blood and what not...You guys knew it damn well..You guys could foresee it perfectly well...but still...damn..damn..damn..


C)  Penyokong BERSIH yang berbaju kuning, merah dan pelbagai warna. Kehadiran mereka bukan secara tiba-tiba, bukan tanpa sedar, bukan tanpa niat dan bukan dipaksa. Kehadiran mereka adalah pilihan hati yang waja melaungkan "Allahu Akbar", memperjuangkan kebersihan. Kehadiran mereka adalah dalam sedar, waras dan berperasaan. Kalian memilih untuk turun padang..menjadi wira bersih yang cukup sedar dan tahu akan risiko-risiko tertentu apabila kalian menyertai perhimpunan penuh provokasi seperti ini.


Persoalan 3: Kenapa ada yang berang dan bertindak menyalahkan pihak lain bila adegan provok-memprovok, tolak-menolak, baling-membaling, hamun-menghamun, jerit-menjerit, pukul-memukul, langar-melanggar bermula? Kenapa tak larikan dan selamatkan diri sahaja? Kenapa mesti terus berada disitu, menyimbah minyak pada api yang dah besar menyala?Apa yang kalian cari dan mahukan sebenar-benarnya???


D) Pemerhati yang katanya berkecuali..yang berani turun ke medan perjuangan kebersihan semata-mata mahu memerhatikan perilaku bangsa Malaysia. Pemerhatian mungkin saja atas urusan kerja dan juga sebab peribadi tersendiri.


Persoalan 4: Adakah, pemerhatian kalian mungkin saja disebabkan arahan pihak atasan dari pelbagai dunia dan negara yang mempunyai sejuta satu sebab, yang salah satu darinya bertujuan menebalkan lagi laporan-laporan perisikan rahsia milik Tuan/Puan agar lemah kuat, takut berani, cerdik bodoh, zuhud angkuh, busuk wangi Bangsa Malaysia dapat direkod, dikaji dan digunakan bagi "menjahanamkan" bumi tempat berteduhnya sekian ramai Muslim yang aman, kukuh ekonomi, progresif, berwibawa, berintelek tinggi dan bebas merdeka ini?Seperti udara yang kita hirup..perisik-perisik milik CIA, MOSSAD dan mungkin jua M-16 ini bebas bertiup kemana-mana..dan di kebanyakkan masa, gerak kerja mereka dicatur zionis yahudi di Israel sana...


Mungkinkah saja Muslim Melayu Malaysia jadi boneka??Wahai teman-teman seagama dan sebangsa..dari sibuk-sibuk kau mengorbankan diri diperhimpunan seperti ni, elok saja kau habiskan masa utk baca dan fahami "The International Jew", " Final Judgment", fahami elok-elok "Surah Al-Isra"..kaji peringatan-peringatan yang dah lama diberikan tentang bangsa yang satu ni...Lengkapkan diri dengan ilmu yang boleh melawan yahudi..bukan menjatuhkan sesama agama dan bangsa sendiri..bukannya merosakkan harta awam, membazirkan sumber manusia -membazirkan masa anggota keselamatan, pegawai kesihatan, pihak media menjaga, merawat, merakam kalian sedangkan terlalu-lalu banyak amanah lain yang perlu mereka laksanakan...itu sebab aku kata: Yang BODOH dan RUGI tu diri KITA sendiri...KITA memang BODOH..KITA memang RUGI..yahudi bertepuk, bersorak, berparti meraikan kebodohan Muslim..KITA???bertempur sesama sendiri..


E) Para penuntut universiti yang muda remaja..yang baru sahaja mendapat pencerahan otak sebagai mahasiswa di uni-uni awam/swasta atas bantuan tabung-tabung pendidikan, hasil pengumpulan duit2 KAMI - pembayar-pembayar cukai dan zakat dan sedekah- mahasiswa yang merasakan diri teramatlah "COOL" dan "MAHA HEBAT" bila dapat turut serta dalam sesi perjuangan..yang merasakan tahap intelek politik mereka teramat tinggi tapi terlupa akan satu hakikat bahawa intelek politik yang tinggi itu takkan kemana-mana jika emosi dan spiritualiti politik berada di skala tercorot...mudah terpengaruh..mudah melenting..mudah bertindak melulu..mudah menerima pakai sesuatu tanpa siasat..mudah mengiaya dan menidakkan sesuatu sebelum habis maklumat dikorek dan digali.. mahasiswa yang akan menjatuhkan maruah sendiri apabila menyalahkan pihak lain jika tertakdir ditangkap, digantung@dibuang dari uni..aduh...kasihan amat..kalian rasakan diri kalian udah teramat cerdik, tapi hakikat, kebodohan juga yang kalian pamerkan???


Persoalan 5: Tanya balik diri sendiri apa niat kalian turut serta bersama? Sebab nak nampak "COOL"? (Niat tak matang sebegini takkan sesekali dapat perkenan dariNYA..percayalah).Kalian tahu ker apa yang diperjuangkan? Jika YA, jawabnya..kalian tahu ker jika itulah benda yang benar-benar diperjuangkan tanpa ada agenda tersembunyi? Kalian dapat baca bisik hati kepimpinan?Kalian betul-betul baca dan faham isi memorandum/ butiran perjuangan? Kalian benar-benar yakin berada bersama KEBENARAN sedangkan dah termaktub dalam Al-Quran "KEBENARAN YANG NYATA ITU MILIK MUTLAK TUHAN!". Duhai adik-adik kesayangan,  kalau pun ditakdirkan Tuhan, kebenaran dipihak kalian..kebenaran tu takkan terlihat/terpamer/terasa/terbukti kalau aksi emosi  melulu yang kalian tunjukkan..yang terpapar adalah kebodohan...kejelikkan...percayalah.


Ya Allah...tak tahu perasaan jenis apa yang patut aku hamburkan sekarang. Marah, perit hati, gelisah, semuanya tak mampu diluahkan dan kesakitan hati makin parah bila ianya terkumpul tak terluah..dalam hati yang masih mencari-cari erti KEBENARAN, hanya doa akhirnya mampu aku titipkan agar keamanan dan kebenaran berpanjangan di bumi Malaysia tanah tumpah darah.Ya Allah, KAU peliharalah kami semua, warga Malaysia, pelbagai bangsa dan rasa percaya, dibumi terlaungnya azan indah berkumandang tiap lima waktu sehari semalam tanpa ganggu-gugat..di tanah tempat bangsa lain bebas berbahasa ibunda dan kekal berbudayakan milik nenek moyang mereka...di ruang milik kami hamba-hambaMu yang tulus..tak tahu menokok cerita..tak pandai berdolak dusta, tak reti mengadu-domba, kami yang tak punya apa-apa tapi agama dan tanahair tercinta..tenangkan kami di tanah tumpah tempat kami yang berlainan warna, sama-sama berkongsi hidup atas dasar percaya dan hormat, walaupun ada ketika percaya dan hormat kami diganggu-gugat.


Ya Allah..doaku sebagai seorang pendidik yang mahu terus mendidik, dididik dan terdidik...KAU peliharalah anak-anak didikku..KAU tahu, ditiap hujung sujudku padaMU, tak pernah aku lupa bermohon padaMU "Jadikan Aku pendidik yang baik dan soleh buat anak-anak didikku yang jua baik dan soleh..sebagaimana Aku merasa nikmatnya berilmu, itulah jua yang KAU kurniakan kepada anak didikku. Sebagaimana Aku merasa bahagia mengibadahkan ilmuMU, itu jualah yang KAU ciptakan dalam hati anak didikku".


Ya Allah..jika secebis pencerahan minda itu mereka gunakan untuk kebinasaan, kezaliman, keterlampauan, kejelikkan lalu mendatangkan fitnah pada agamuMU, sungguh Ya Allah..apa yang tercurah...takkan sesekali aku halalkan... 


Amin..


Nota Penutup: 


Berpada-padalah dalam memperihalkan dan memperbuatkan akan sesuatu..

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216). 

sesungguhnya, kita memang tak mengerti apa-apa...tak perlu takbur mendabik dada mengaku kita tahu segala...

Ilalliqa'..

Ini adalah tulisan ikhlas hati yang banyak tak mengerti...
mohon maaf andai hati dilukai..andai jiwa dikasari..

Friday, 27 April 2012

Berkongsi Tahu: Catatan 1

Petikan hasil pembacaan yang ini: Masalah Kebenaran: Dari Paling Mudah ke Paling Kompleks oleh Kassim Ahmad (PEMIKIR, 2011, bil.66, Oktober-Disember 2011, laman 1-8)


"Quran memberi amaran bahawa bangsa Arab akan mengabaikannya.[7] Jika cerdik pandai Arab pada waktu itu memberi perhatian berat kepada amaran ini serta mengelaknya, amaran ini akan memberi manfaat kepada generasi-generasi kemudian. Malangnya, amaran ini gagal didepani dengan berani, maka penyelewangan-penyelewangan berlaku. Banyak hadis palsu timbul. Musuh-musuh Islam menggunakan nama besar Nabi Muhammad untuk memesongkan mereka dari jalan lurus yang Tuhan ajarkan kepada mereka. Melalui institusi hadis, Nabi Muhammad telah didewa-dewakan, berlawanan dengan ajaran beliau, dan ini akhirnya membawa kepada kejatuhan umat Islam. [8]


Kita melihat banyak contoh umat-umat lain - Yahudia, Kristian, Hindu, Buddhist -, yang percaya dan menyembah banyak Tuhan, sedangkan mereka semuanya dikirim nabi dan rasul yang mengajar mereka ajaran Tuhan yang sama, iaitu: "Tiada tuhan melainkan Tuhan Yang Esa. Sembahlah Dia Saja."[9]. Contoh Nabi Isa suatu contoh yang baik bagaimana beliau ditukar menjadi anak Tuhan dalam satu doktrin Tritunggal yang dibuat oleh Paul setelah beliau mati.[10] Semua masyarakat agama yang menyembah banyak tuhan, seperti Hindu, melalui proses pemerosotan konsep Tuhan Yang Esa yang asal. Malah umat Islam sendiri, dengan pendewaan mereka terhadap Nabi Muhammad dan terhadap pemimpin-pemimpin agama, tidak terkecuali daripada proses ini.[11] (Kassim Ahmad, 2011, laman 3)"


# Bila dibaca yang diatas ini, aku tersoal, tertanya dan teruji:


1) Banyak hadis palsu timbul # Jika dilihat dalam gerak hidup masyarakat Muslim Melayu kita..banyak juga yang aku musykilkan..contohnya...malam-malam ramadhan akan dihiasi dengan tazkirah pendek menetapkan nikmat-nikmat dan ganjaran yang bakal diperoleh jika kita menunaikan solat tarawikh pada malam-malam tertentu..dari yang pertama hingga malam menjelang Syawal.dan dipendengaran telinga, tiada pula dimaklumi tentang sanad dan perawi dan bukti dari Al-Quran untuk membuktikan kesahihan "kata-kata galakan ibadah ini". Persoalannya, dari mana boleh timbulnya janji-janji seperti ini?


"Issshhh...tak baik Gie, mempersoalkan hukum agama...berdosa tau!" hati aku kadang-kadang kencang mengingatkan..


Persoalan pokok: bukan hukum Allah yang aku pertikaikan..segala amal ibadah dan perbuatan baik tuh memang dah termaktub dalam Al-Quran bakal diberi ganjaran..hatta sebesar zarah..walau sekadar niat. Yang dipersoalkan disini, oleh seorang aku yang daif jahil agama ini ialah: dari mana datangnya ayat-ayat galakan ibadah seperti di atas? Adakah ianya bersumberkan hadis dan sunnah? Betulkah ianya wujud atau sekadar kata-kata perangsang agar kita lebih rajin bertarawikh?


Dalam Islam...matlamat tidak menghalalkan cara..walaupun niat kita mungkin baik-untuk menggalakkan ummah mengimarahkan masjid bagi sesi tarawikh, tapi bolehkah kita ada-adakan apa yang mungkin tiada???Aku terkesima dalam persoalan sendiri...mungkin aku patut tanya kakakku, Ustazah Norhapizah dalam masa terdekat ni..


2) Pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan pemimpin-pemimpin agama # Teman-teman, kalu pikir logik lah...sedangkan pendewaan kepada Nabi Muhammad, pemimpin-pemimpin agama, yang menurut penulis (bersandarkan kepada rujukan beliau) pun boleh saja membawa kepada syirik..apatah lagi kalau didewa-dewakan pemimpin-pemimpin politik...kesatuan...pertubuhan...kumpulan..


Mesej yang aku cuba sampaikan disini...kita dah menghampiri Pilihan Raya Umum...berpolitik/berpersatuan/berkumpulan pun berpada-padalah...pemimpin-pemimpin ini adalah manusia berdarah merah, bernafsu dan berotak sama seperti kita...didepan lain, dibelakang tah macam mana...maka kau sokonglah berpada-pada...bangkang pun berpada-pada..siapa kita untuk tahu apa yang terselindung disebalik muka dan hati manusia?


Kita manusia..mereka juga manusia..tak berbaloi weh gaduh-gaduh..tokok dosa..cantas pahala hanya disebabkan parti politik...dalam kuburan pun, tiada soalan parti politik manakah yang disokong..kena selalu beringat...ahli politik dan pemimpin yang benar-benar menjihadkan Islam adalah dua perkara yang besar bezanya...dan di tanah tumpah negara ku ini...yang aku nampak dari parti CAP SAUH, CAP MATAHARI, CAP JET PEJUANG, CAP MATA SATU dll... keperibadian politiknya lebih kuat dari keperibadian Muslim sejati itu sendiri..sekadar pandangan peribadi...entahlah...


Tutup Entri: Please don't be political animals..Do not stoop so low to that level...we are all the chosen khalifahs in this world, with certain duties and roles...we are just not that a.n.i.m.a.l.

Sunday, 22 April 2012

Peristiwa: 14 April 2012

Sesuatu berlaku pada hari yang di sebut di atas, April 14..Sabtu lepas Dia hadir dalam hidup aku..11 hari sebelum tibanya tanggal aku mula melihat bumi, puluhan tahun yang lepas..


Hari ni, genap 9 hari kami bersama...bahagia...ceria hidup dek kerana Dia ..

Merengek manja...Kasihan dia kelaparan..dahagakan kasih seorang ibu..impikan hangat susu dan belaian..entah dimana ruang tempat dia lahir..Si ibu yang kurang sihat pada Jumaat sebelum kelahirannya hilang lenyap ..meninggalkan dia bersama aku dan teman-teman rumah sewaan yang kesemuanya menyayangi dia...terima kasih teman-teman atas keterbukaan ...menyambut lahir Si Tapak Kecil nan keseorangan..

Dia..Si Tapak Kecil..ku kira lahirnya pada tanggal di atas..kerana tak langsung terdengar rengekan pada Jumaat malam  yang lepas...hujan lebat amat mencurahi bumi pada malam itu...langit berdentum..tanpa kilat menyabung..cukup lebat sehingga habis tenggelam tanah-tanah ladang..pohon pisang, batang durian, perdu sawit dan akar getah habis basah kebanjiran..

Dan..April 14...awal pagi muncul Dia..digonggong Si Ibu mencari tempat persembunyian..risau akan keselamatan sang anak yang bila-bila masa sahaja boleh diterkam ganas si pemangsa yang bukan yang lain..tapi Si Bapa..Dia lantas kami cari..puas menyelongkar..rupa-rupanya rapat mencium bumi..dalam rimbunan pepohon milik tetangga sebelah rumah, Dia kami temui..sekali lagi kasihan...Dia, Si Tapak Kecil lembab kesejukan..


Si Tapak Kecil ..warnanya kelabu saling tak tumpah warna Cik Tikus yang kerap ku lihat di ladang milik ayah...menumpang kasih aku yang hanya mampu menyuakan botol susu mini untuk anak-anak yang ditinggalkan pergi seperti Dia..


terima kasih En.Google Images..Cikus kecik lagi...dilarang amik gambor...hehehe 

Dia bukan yang pertama kali..sekian ramai yang datang dan pergi..buat seketika merasa nikmat hidup di bumi..tapi ada sesuatu yang istimewa dengan Dia..survival hidupnya kuat..buktinya, dia masih bersama aku setelah 9 hari..bersemangat menghilangkan dahaga..Dia ku lihat cukup bersyukur dengan susu buatan..


Sampai bila? Aku tak pasti..Yang aku tahu..benar-benar tahu...Dia akan terus bersama aku..selagi termampu..


Untuk Si Tapak Kecil...Cikus namamu di beri...warnamu kelabu..Ibumu hilang pergi..pergi bukan kerana benci..bukan juga kerana malu tapi dia keuzuran yang kami jangka tak memungkinkan kamu di jaga rapi..mungkin saja dia telah pergi...benar-benar pergi..menghadap Ilahi..


Selamat Ulangtahun yang ke 9 hari...selamat ulang tahun jua buat kesemua makhluk Allah yang lahir pada tanggal April 14 ini..

Saturday, 21 April 2012

Yes..WE are Y.O.U.N.G



Another American indie that I have instantly fallen in love with..Let's treasure love and friendships that we have been forging all these good and bad years..


Let's be assured that no matter what happens..sweet or bitter..tears or laughters..emo or rational..stupid or brilliant..dull or awesome..there will always be friends and people coming to us, lifting some little piece of our burden, safely carrying us home so that the next day...we will wake up sane, feeling whole and stronger and better...


To my FRIENDS..Adnin, Ku-Yah, Ika, Fida, Siti, Musra, Kak.Pizah,Wani, Noli,  and all many others whose names are not mentioned (you know who you are to me, ladies..)..thanks for your fun and loving and unconditional friendship..though, you might not be able to physically carry me home when i'm in tears..your words of wisdom, patient ears, soothing voices and good prayers are always ready to stop my trembling and shivers, to give me strength and control so that i will not be drown by sudden emotional current.


To my STUDENTS..whose names are beyond any mention (for i've hundreds and hundreds of them since i started teaching as a substitute teacher back in 1999)..I thank you for never failing to recharge my brain with your curious minds...for endlessly challenge my feeling and emotion with your smiles, noise and unwelcome jokes..for cooling down my temperature with your sorrys, thank yous, hand and cheek kisses and SMSes...for making me feel younger being surrounded by bunches of young, energetic, curious, rebellious, confused, lost and fun students..for making me glad and happy to be me..an educator who wishes nothing but to always educate others and being constantly educated by others.


Yes..we are definitely young in our very own ways..and that makes us need others even more... to carry us HOME when thing turns out the way we have never expected.


I love you guys...

Thursday, 19 April 2012

Buat yang Terjatuh...



tuned to Mix this morning- got this-smilling- thinking "wat a sunny piece to start my day with.Thank you Allah for this beautiful feeling"