Wednesday 21 March 2012

Habis SPM:Cerita "Akak" di Uni Dulu...

Hari ni Rabu, 21 Mac 2012. Keputusan SPM 2011 akan sampai ke tangan anak-anak sekolahan yang dah beberapa bulan bercuti dan penuh debar menunggu..Insyaallah...kalau dah rezeki adik-adik semua, takkan kemana susunan panjang A dalam slip periksa tu..

Macam biasa, akan ada laporan media di sekolah-sekolah..akan terlihat reaksi dan aksi yang berbagai..ada yang melonjak gembira, ada yang berderai airmata kerana hiba, ada yang masam mencuka, ada juga yang tiada apa-apa...

Seronok sebenarnya melihat bunga-bunga bangsa ni berjaya...tersentuh jugak bila ada yang sedikit kurang jayanya...tapi...

Percayalah adik-adik sekelian...keputusan SPM kalian yang masih panas ni bukanlah penamat kepada sesuatu..Bergembiralah sekadarnya dan jika berduka sekalipun, berdukalah pada kadarnya saja. Percayalah...ini hanyalah satu permulaan.Gelanggang kolej dan universiti sedang menunggu dan bagi "akak" yang hampir sedekad berteduh di universiti (2 tahun di matrik UIA PJ, 3.5 tahun di UIA Gombak dan 2.5 tahun lagi, juga di UIA Gombak), kelangsungan hidup di Taman Budi dan Ilmu ni jauh lebih mencabar berbanding mana-mana taman ilmu peringkat rendah dan menengah.

Tak terniat nak memomokkan adik-adik yang teruja, tapi, realitinya di sebuah universiti, kita semua kembali sama-sama berdiri, sama-sama melangkah dan juga berlari. Di uni, kita pada dasarnya bermula dari garisan yang sama lurusnya..ada di antara kita yang akan terus berpaut pada garisan lurus tu..ada antara kita yang sedikit tersasar pada mulanya tapi kembali sedar dan...ada di antara kita yang langsung jauh "hilang" entah kemana. "Hilang" dek kejutan budaya / ketemu cinta / kesibukan berpolitik / membina jenama dan jati diri dan ini hanyalah secebis kecil dari asbab kenapa ada diantara kita yang kecundang di gelanggang ilmu ni. Maka sedikit nasihat dari "akak" ni...hati-hati membawa diri..

Di Universiti, apa saja boleh jadi..Pelajar Terbaik SPM dari MRSM boleh pulang ke rumah tanpa apa-apa "degree". Pelajar Paling Jahat dari sekolah di bandar boleh jadi pemimpin berkaliber dan disegani. Pelajar Paling Sopan dan Pemalu dari Pantai Timur boleh bertukar jadi seksa dan seksi. Pelajar kampungan yang jalannya selalu menunduk boleh jadi tegar dan tegap berdiri, terkumpul susunan sijil Anugerah Dekan/ Anugerah Rektor dan  Anugerah TNC. Maka, sekali lagi ingatan...hati-hati diperjalanan.

"Akak" dulu masa di Taman Budi dan Ilmu adalah seorang pelajar "degree" yang serba sederhana...Tak pernah sekalipun menerima apa-apa anugerah..apa yang pasti, CGPA tak pernah lah 3.00 ke bawah..Alhamdulillah.

Tahap keaktifan berpersatuan??? juga biasa-biasa saja..tak pernah masuk apa-apa biro dalam MPP/Mahallah/Kuliyyah..Politik pelajar "akak" kurang berminat sebab gerak-kerja pilihanraya yang besar RETORIK dan GAYA nya...sama macam politik kat luar sana..."akak" tak suka "labelling" : Aku Pro-Aspirasi, Engkau Pro-Pembangkang. Tak kisahlah AKU ni Pro-Aspirasi dan KAU tu Pro-Pembangkang..titik mula dan akhirnya yang dinilai orang ialah : AKU dan KAU tu boleh buat kerjakah?AKU dan KAU tu ikhlas @ gila nama kah? itu yang lebih penting...

Sukan??? juga biasa-biasa..sekadar bersuka-suka dengan kengkawan sambil-sambil menyihatkan badan.."Akak" main "netball" sebagai "Goal Shooter"..bukanlah sebab terer sangat "shoot" tapi itu je lah yang "akak" reti buat sejak dari darjah 4 dan itu ajelah posisi yang tak memerlukan "akak" lari pantas seluruh padang!  dan sekali-sekali main badminton...beregu ya! sbb "single" memerlukan stamina yang deras untuk mengawal seluruh "court" dan  itulah yang "akak"  tak mampu nak adakan...lari dalam guni/ cari gula-gula dalam tepung/ dll sukaneka pun "akak" sapu sebab "akak" suka bergelak-gelak gitu...teringat2 plak muka putih, terbatuk-batuk, tersedut tepung dalam hidung :)...sukaneka memang menyihatkan! pada pandangan "akak" menyihatkan bukanlah disebabkan oleh gerak fizikal yang ringan ...tapi disebabkan gerak emosi yang besar! sukaneka dan gelak-gelak sakan lalu terembeslah hormon-hormon endorphins - "painkiller" semulajadi yang sememangnya teramat bagus untuk kesihatan...wahh...

Aktiviti sosial??? yang ni memang seronok nak kongsi! Sukan dan beriadah adalah salah satu aktiviti sosial tapi yang jauh lebih sosial ialah menunjukkan muka di seminar-seminar, ruang legar pameran, persembahan teater dan nasyid (di Taman Budi dan Ilmu tak de "Battle of the Bands", ok..).. Paling memuaskan hati bila dapat menghadiri "Sisters' Nite Out" di Audi (just for sisters, Shakira-like-belly dancing was staged!I swear!) dan "Brothers' Nite Out (open for all)..tak kurang hebatnya - Ummatic Week - minggu dimana hampir kesemua pelajar antarabangsa membuka "galeri pameran" dan mempromosikan makanan / minuman / budaya dan keseniaan masing-masing. Minggu ni "akak" selalu gunakan untuk menajamkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris sambil mencuci-cuci mata melihat "keindahan" yang Allah kurniakan ke atas bangsa-bangsa Bosnia / Chechnya / Rusia / Azerbaijan / Uzbekistan / Afghan / India dll..adik-adik..wanita-wanita-wanita Uzbek, masyaAllah...sangat-sangat comel dan cantik dan menarik...Pria-pria Chechnya / Bosnia sangat-sangatlah kacak dan juga menarik :)

Pengalaman di Taman Budi dan Ilmu memang tak akan dapat "akak" lupakan...yakin amat bahawa adik-adik juga akan merasa suka-duka berhuni di uni...untuk bakal-bakal penuntut Universiti..."akak" doakan selamat pergi dan kembali..elok-elok bawa diri...dunia kerja bakal menanti..tempat sebenar membuktikan diri...samaada "degree" hanyalah sekedar "degree", samada otak dan hati benar-benar terisi...samada diri dihormati, dilupa  atau dibuang pergi...

Selamat Berjihad Ilmu...Selamat Berjuang Putera-Puteriku...

* Kosa Kata untuk yang Mahu Tahu:

1) Taman Ilmu dan Budi = Moto Universiti kami, UIA,  yang tercinta, yang senantiasa melekap di hati..

2) Mahallah = Kolej Kediaman yang dinamakan bersempena nama-nama sahabah Rasullah dan kaum keluarganya. Ada Mahallah Ali / Uthman dll dan ada Mahallah Asma', Sumayyah, Nusaibah...

3) Kuliyyah = Fakulti

5 comments:

aNNdiNN said...

I second all those ;)
Sisters' & Brothers' Nite Out, plus Ummatic Week memang sgt happening!
I miss HS' Bihun KungFu & Lasagna.
The atmosphere surrounding our mahallah especially (Sumayyah),is perfect for breathtaking walks or even to snuggle in bed. Haha

A said...

kak, sy spm dulu 2a je :(
keh keh

norziediana said...

Sis!It was a sweet coincidence when a yesterday Utusan wrote about IIUM Ummatic Week.I wish I could be in that "heaven" again.I still remember our happening rooms aka "bilik wanita2 solehah"..hahaha.

norziediana said...

Bro!Barang yg lepas usah dikenang.Bukan tiap-tiap sem dapat Anugerah Dekan,ker??? yours was a humble beginning & is a great finishing. Ada hikmah awk tercampak ke belantara Jengka ni:)

Pahmi said...

Yea, i read ur post & thought of the article ;)