Friday, 30 March 2012

dan...AKU terima nikahnya...

Ada apa antara AKU dan nikah dan ijabkabul nih???Ribut idak...banjir idak...tiba-tiba aja rasa mahu berceritera hal-hal yang kurang ada kaitan dengan aku...hihi...Aku sedikit terinspirasi sebenarnya dari pernikahan seorang teman yang boleh dikatakan agak rapat, berlangsung harinya pada Sabtu 24 mac lepas..Dalam kedinginan aku menjaga peperiksaan di DSG...teman sorang nih sebenarnya tengah berdebar menantikan diri yang dulunya sendiri bertukar menjadi suri, Tahniah!Alhamdulillah.

Ada satu masa teman nan seorang nih pernah dengan naifnya bertanya "Kak Gie, salah tak @ betul tak niat kita kalu kita nak kawin sebab nak dapat zuriat?" Aku diam..memang lah itu pun tujuan perkahwinan kan..Muhammad S.A.W menggalakkannya pun bersandar pada  banyak asbab dan meramaikan keturunan merupakan salah satu hikmah nikah yang utama.

Tapi dalam masa yang sama aku teringat-ingat hasil diskusi dalam kelas master's kat Taman Budi dan Ilmu dulu bila mana seorang rakan sekuliah dengan tenang dan penuh makna tersimpul cakap: Kawinlah..bukan sebab nafsu, bukan sebab harta, bukan sebab cinta, bukan sebab anak. Ringkas!

Eh..eh...Kalu bukan ini sebabnya-sebabnya...apa lagi?

Bukan ker ramai di luar sana yang menjadikan nikah sebagai alasan "mengelakkan maksiat"?Maka bernikahlah mereka walaupun ilmu agama tak cukup di dada..kahwinlah akhirnya mereka walau pun tak pernah ada kerja...tak pernah  nak simpan harta hatta sedikit ...

Bukan ker ramai jugak yang berniat di hati "nak makan harta suami/isteri"?Harta suami aku punya...harta isteri milikku jua..dia simpan...aku merasa..bestnya..bestnya...(aku cukup ANTI, terutamanya dengan lelaki berhati "huduh" serupa ini!Tak malu ker bang makan duit isteri...apa daa...)

Dan..memanglah sangat ramai antara kita yang berkahwin kerana cinta...dan kerana cinta jugaklah kita kepingin zuriat, sebagai pengikat yang katanya mampu memberi makna lengkap dalam hidup, idak begitu?

Berbalik pada kenyataan ringkas tadi..kalau bukan sebab nafsu/harta/cinta/anak..apa yang seeloknya kita niatkan bila kita ambil keputusan untuk memenuhi separuh dari iman???Untuk menjadi Hawa yang melekap dan melengkapkan kembali rusuk kiri Adam???Untuk menjadi Adam yang kepingin Hawa sebagai teman bicara dan suri??? Senang cerita la kan..kita nikah dan kawin nih...niatnya untuk apa sebenarnya???Apa niat kita bila kita ucap "Aku terima nikah..." dan bila kita angguk setuju bila wali@kadi tanya "Setuju ker?"....Ehh...banyak pulak aku tanya...

Macam ni lah...mungkin bunyi tulisan dan perasaan aku sedikit "poyo" bagi sesetengah orang..mungkin jugak pandangan aku sedikit "tak realistik" dan "terlalu optimistik"..mungkin aku bunyinya macam bermimpikan benda yang tak pasti...yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dari REALITI tapi macam selalu yang di katakan..apa-apa pun perlu bergantung pada NIAT yang baik!Hadis terang menyebut: Innama a'malu bin'niah : mulakan sesuatu dengan niat..niat yang baik tentunya...

Kembali pada kisah teman dengan soalan naifnya tadi...aku jawab, memberikan pendapat yang aku pegang utuh sampai sekarang, Insyaallah..

"Kita kawin nih berniatlah nak beribadah pada Allah..memang tak salah kalu niat kawin sebab nak dapat zuriat...tapi seeloknya... biarlah dipanjangkan lagi niat tu...letak dalam hati kita nak ibadahkan jugak zuriat keturunan kita..nak ibadahkan perkahwinan kita"..errmm...

Bukan apa...kalu dipikir-pikirlah..Allah memang ada sebut yang harta, kekayaan, isteri dan keturunan nih sebenarnya dugaan buat manusia...takut jugakkan bila kita kahwin kita jadi alpa disebabkan harta/penawar hati/anak-anak walaupun mencari harta/mengasihi suami/isteri dan anak-anak pun satu bentuk ibadah...maka sama-samalah kita pikirkan.

Tapi...mesti ada yang cakap...kalu semua nih satu ibadah...apa bezanya pulak bila kita berniat kawin "untuk beribadah" dan "kawin untuk zuriat"...bukan sama ke?

Oooo....bagi aku lah...ada bezanya...ada memang ada....maka izinkan aku sambung diskusi lagi, ya...

Kalu niat kawin sebab:

1) Zuriat: kalu memang di rezekikan zuriat, Alhamdulillah...macam mana tertakdir kita tanpa zuriat???Itu sebab elok niatkan kawin sebagai ibadah, sebab ada atau tiadanya pengikat cinta ni..kita akan terus buat sesuatu kerana DIA..dan kalu memang kita dianugerahi anak-anak...Syukran Ya Allah!niatkanlah yang terbaik untuk susur keturunan kita ni...wahh...panjang jugak jalinan pahalanya nih...

2) Harta: cinta harta memang takkan kekal lama...bila bertimbun, kasihnya menggunung..bila harta kurang..cinta pun melayang..perkahwinan pun kecundang...kalu pun kita berniat nak bersuami/beristerikan seseorang yang berharta, ada baiknya kita niatkan harta tu juga untuk mudahkan ibadah pada NYA...(aduhai...kalu dah dapat orang "berada"...takkan aku nak tolak kot..nih namanya rezeki...hihihi)

3) Cinta: cinta boleh datang dan pergi..ada masa surut..ada masa pasang dalam perasaan kasih kita pada penawar hati..itu pasal elok saja kita niat kawin nak beribadah..Aku yakin, kasih dan sayang akan terus segar bercambah bila kita berniat macam nih..

4) Nafsu: Tak seharusnya langsung kita kawin sebab nafsu!sebab nafsu dan keinginan takkan dapat dipenuhi sampai ke hujung nyawa sekali pun...itu sebab orang boleh bercerai-berai walaupun suri seksa-seksi..cantik tak terperi...Elok saja kita niat nak ibadahkan setiap inci dan gerak laku dalam perkahwinan, kan???

Maka...penutup kalam panjang hari nih...elok sama-sama kita niatkan "Aku kawin dan nikah ni untuk beribadah" agar... walau "wujud atau hilangnya nafsu/ harta/ cinta dan zuriat"dll...kita akan terus-terusan beribadah dan merasa hikmah dan nikmah atas setiap kurnianNYA..ada atau pun tidak ada semua nih dalam perkahwinan kita...rasa kasih kita pada NYA tak kan kemana...paling penting...melalui sebuah perkahwinan...kita sebenarnya sudah pun di kurniakan nikmat yang bukan sedikit...bila akhirnya...kita menikahi dan dinikahi..kita mengasihi dan di kasihi tanpa pra-syarat duniawi..

mawaddah dan rahmah..cantik memang cantik...

PERHATIAN! ACHTUNG!

Coretan ni datangnya dari pandangan seseorang yang langsung tak berpengalaman..Jika rasa tak boleh "pakai"..abaikan saja...sila tinggalkan halaman ni dengan kadar segera ;)


2 comments:

Pahmi said...

hehe...Coretan yg boleh diambil utk direnung2kan sekurang2nya..
Indah rasanya bila pegang tgn suami dgn rasa kasih je dah dpt pahala ibadah :)

norziediana said...

hihihi...semua yang kita lakukan harus berpaksikan padaNYA..Let's keep this alive..hidup itu ibadah..