Sunday, 15 April 2012

Troubled...


of meeting & falling


troubled souls
yes
we both...
meeting at the wrong place
falling 
at 
the 
very
 wrong time
how could it be
wrong?
when neither You nor I
could
ever try...




will we ever dare to try?


Saturday, 14 April 2012

Gotye ft. Kimbra - Sombody that I used to know with lyrics





First of all..many thanks to xoxoxoEsther who posted this on Oct 9, 2011..the uploading date makes me look like a loser for having to admit here that it is just recently that this art has caught my ears.

As some sort of a free listener..I have many tunes, sounds, tempo and genres beating in my drums..this is a new piece to me...really like the beauty of it..have never heard this cool dude's works before..just from which planet this guy really coming???I'll ask my best buddy = Mr.Google later...hahaha..


After watching few clips...I decided to take this, not the original! for few reasons:


# This piece is so beautiful that only listening to it is enuf to savour the great work! visual distraction in not welcome..hahaha.


# I wanna get to the words and lines...just wanna know what this piece is all about..i might find perhaps new words..phrases..a curious learner I am..once a learner..always a learner :)


and..


# of course! Gotye's arty body...The BIGGEST visual distraction that is banished, at least, here in my blog ;)


BUT in truth..there is nothing in the original clip i would consider extremely  inappropriate ..i 'd rather say the clip is unique and kinda odd..and symbolical...Enjoy!


Disclaimer:


i) Being a green blogger...this is my very first experiment with embedded clip!so apologies for any kind of trouble..anyway..it was a cool experience..


 ii) It is the music and lyrics that i wish to share...not the clip (tho i have to admit that the clip is eye-opening ..in a good way, of course....:=)

Friday, 13 April 2012

Antara: Belantara Jengka dan Kuala Lumpur ...

Ada apa ya dengan Jengka? Nampak biasa-biasa aja..ruang lingkupnya kecil..bangunannya rendah dan nampak murah..Jualannya mudah..tiada galeri berkaca tebal, tempat orang menjual dan mencari kereta-kereta mewah di sini..Rolls Royce? Bentley? Lupakan..hatta show room Kancil, Kelisa, MyVi pun langsung tak kelihatan..

Yang memang ada dan ujud:

Goreng Pisang rangup di sudut B5

Nasi Campur dan Teh 3 Lapis sebelah Bank Agro

 Roti Canai sedap kat kedai mek-mek kelate, premis tak bernama di depan Pejabat Pos

Kedai makan Mak Ngah..Pohpaleh...Yak (aku tertanya-tanya dari mana asal kejadian perkataan YAK ni..dalam Kamus Longhat-Longhat Pahang di Pustaka Lidah ku, tak pernah pulak ketemu yang ini...YAK???)

Arked MARA yang agak luas dan selesa suraunya, syukur.

Jangan carikan pencakar langit seperti bangunan Tabung Haji..Menara Telekom dan KLCC..memang takkan terjumpa kat sini (alahai...apalah nak diherankan...bukanlah mak bapak kita punya pun..)

KFC pulak, baru saja tahun lepas menapak menunjukkan diri..ada atau tidak, aku kurang kisah..perut melayu Jengka aku sedikit kurang senang dengan lambakan makanan segera..bukan langsung tak makan..ada masa keinginan..tapi? kurang makan..

Bukan elok sangat pun makan kepak-kepak ayam gebu dek suntikan hormon. TAK bagus sangat pun minum air berkarbonat manis leting nih..tahu..kita memang tahu..tapi kenapa yang itu juga mak, bapak, to'ki, tok, akak abang hidangkan buat si kecil comel tercinta, ya???aish..manusia..manusia...

Aku dan Jengka dah kenal lama..376 purnama lamanya..asal dibesarkan di Lorong Fajar (Jalan M- nama kunonya), di ajari muqaddam, di tabika kemaskan, disekolah rendahkan disini..berpindah kemudiannya, juga di Jengka, dalam 20-30 minit jaraknya...aku dan Jengka...tak pernah berpisah lama...

JENGKA...serupa macam Gombak, Bukit Antarabangsa, Shah Alam, Kelang, dan lorong-lorong belakang yang hitam - ada kurang dan ada lebihnya.

Lebihnya aku bertapak di Jengka bila aku:

# Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan solat subuh sambil diiringi zikir-zikir dari cik Murai dan Ciak dan sepupunya, ayam..chip..chip..kok..kok..kok..chit..chit..chit..(kat umah sewa aku ada ibu ayam beranak 7...wah..cukup 1 team netball dan si ibu ayam selaku coach)

# Menghidupkan enjin kereta, membuka radio kegemaran dan menekan minyak menuju ke tempat kerja dengan hati gumbira kerana tiada kesesakan, kegelisahan, kebingitan dan  kegusaran trafik, walaupun aku keluar dari rumah hanya beberapa minit sebelum jam 8.. (aku sebenarnya "early bird", yang akan tercanguk kat UiTM seawal 7.30 pagi, terbang mencari-cari makanan buat sarapan)

# Tak ada banyak hiburan..tak der "bowling alley"..takder GSC & TGV..tak der HAJABA/ZARA..butik-butik besar yang termasyhur dan terhibur untuk di hanguskan segala duit-duit gaji yang aku dapat tiap cukup bulan..(ini sekadar hipokrasi..walau tiada yang disebut tadi..duit keluar laju jugak..hanya orang yang dah keje macam aku paham dengan gerhana kewangan seperti ini!)

Tapi..bila bertapa di Jengka, kurangnya aku:

# Bila tak dapat nak melayan kecintaan, bercengkerama dengan buku di toko-toko buku yang besar macam MPH..KINO..macam yang aku selalu buat masa belajar dulu..dah tak dapat nak lepak-lepak atas karpet MPH Mid Valley yang sangat luas itu...rindu akan waktu itu :(

# Bila tak dapat lagi menggunakan LRT Putra, menelusuri rel bengkang-bengkok dari Terminal Putra Gombak ke Masjid Jamek Kuala Lumpur..menikmati seni grafiti kreatif dan indah oleh artisan-artisan tak bertauliah, pada tembok-tembok sepanjang sungai  yang tak aku tahu namanya, grafiti luahan rasa anak muda bandar yang serba tak kena/ serba tak cukup/ serba tak tenteram,  grafiti pelbagai bunyi, dari secomel-comel lukisan ke seburuk-buruk seranah dan carutan..Gov. F*&%$c+K you! Sh!!tuuu$@TTT!j@l%$@#*ng!!!

# Bila tak dapat lagi menikmati filem-filem segar dari ladang pengarahan!Deklamasi-deklamasi puisi dan mainan gitar kapok jalanan, gegak-gempita pentas teater murah pelajar yang selalu saja mendatangkan senyum hingga ke telinga..rugi ahh..rugi...

Apa-pun...hikmah hidup ni ada dimana-mana..di Jengka atau di Kuala Lumpur..tempat..tanah...ruang lingkup tak bermakna apa-apa. Yang paling penting sebenarnya: apa yang aku BUAT di tanah tu...apa yang aku BELAJAR dari tempat tuh...dan..apa yang aku BERI kepada tempat aku berdiri mencari rezeki dan ilmu..

Hidup dimana-mana pun kita..harusnya kita lebih banyak memberi dari menerima. Ini pelajaran yang aku kutip dari tontonan hebat Lasykar Pelangi dan coretan kata-kata John F.Kennedy yang pernah melaungkan "Ask not what your country can do for you. Ask what you can do for your country"

Sejujurnya...Kita harus belajar untuk lebih menghadiahi..bukan dihadiahi..


P/S: Sesiapa yang tak pernah tengok "Lasykar Pelangi"...pergi segera dapatkan kisah indah nih...cepat!Sebelum terlambat!


Thursday, 12 April 2012

The Poetic Me:Poem 2

3 Little Paws..

they cried
one early morning
while
i was sweeping.

so tiny
those 3 little paws
left alone
eyes blinded..lids glued shut
tangled cords
untouched
bodies chewed by
cold's madness
they were
screaming for love and mommie's lick
devoid of motherly touch and
the warmth of milk
I
wept.

one
on Monday gone..
yesterday
the other one gone
another one
to me this rainy morning- said
"so sweet this death,
i'm holding the last breath,
sadly denied of my mom's breasts
yet now
so happily close
under my Master's bless"

that last tiny little paw
he bid me adieu
whispered
"for the care and the warmth of
your humane touch
we 
thank you
up there
we'll wait for you"

once again
cheeks flooded
the dam of my tears
burst
exploded.



Sunday, 8 April 2012

Mimpi Detik 3.03 Pagi

Semalam..Jam 3.03 pagi aku terjaga dari  tidur..buat sekian kalinya..dalam beberapa bulan kebelakangan ni..ada satu perasaan tak tergambar bila selalu sangat terjaga waktu-waktu sebegini..waktu terganggunya nikmat yang Allah bagi ni lebih kurang sama..tepat jam 3.00,3.03, 3.30 dan pernah beberapa kali tiba-tiba terjaga jam 3.33..semuanya TIGA..


issshh..teringat-ingat pulak cerita "The Exorcism of Emily Rose"bila mana peguam agnostik yang mewakili paderi dalam kes Emily vs Catholic Church kerap terganggu tidurnya pada pukul 3.00 pagi sepanjang perbicaraan kes.kata si paderi.."inilah waktu-waktu syaitan "seronok" menganggu manusia..dipilih tiga sebagai simbol triniti kristian yang sengaja diejek-ejek dan diketawakan setan". dalam satu tontotan TV, aku jumpa sisi TIGA yang lain tapi berkaitan..Jesus dikatakan mati disalib tepat jam tiga..tiga..tiga..tiga...


ehh..kenapa pulak dikarutkan tentang pukul tiga nih...bukan ini tujuan dan niat entri ni di tulis...maap.


Aku sebenarnya terjaga dari mimpi..yang mencampur-baurkan lagi rasa tak senang dalam hati yang dah sudah tersedia gelisah..


dalam minda sub-conscious ku...Aku dan rakan-rakan APB mahu melelapkan mata di dalam sebuah bilik..katilku letaknya di tepi tingkap..dalam jerih payah cuba nak lelapkan mata..terdengar bunyi budak-budak bertempiaran lari sambil menangis..dan..terdengar suara toki (atuk) aku marah-marah, keliling rumah sambil melibas-libas rotan, menjerit mengatakan "Pegi!Lari!jangan ganggu anak cucu aku.." berkali-kali jugaklah Aki menjeritkan yang itu sambil meligan anak-anak kecil tu disekeliling rumah...iya..suara tegas Aki yang dah lama pergi menghadap Illahi...terngiang-ngiang bunyi bising kat luar umah masa tuh..


sambil aku cuba cari koordinasi diri..Eh..hati tertanya "macam mana boleh tido kat sini?" Aduh..kecut perut ahh bila tengok kanan kiri yang aku sebenarnya dalam salah sebuah bilik di rumah arwah toki dan tok di Tanjung Medang! Bersama-sama rakan jabatan..(lorr...apa kisah Kak Lini dengan Bos Besar, Kak Kam masuk sekali dalam mimpi aku nih???) mimpi..mimpi..


Tak cukup dengan itu...aku beranikan diri untuk bukak tingkap..jengok apa yang berlaku diluar sana..dari atas rumah...sah!nampak kelibat Aki dari belakang..berbaju pagoda putih kegemaran bila dia berkebun di laman..


Dalam asyik menjengok..terlihat pulak segerombolan kucing pelbagai warna..menyeringai marah..merenung aku seperti memandang kucing jantan lawan beradu lagaknya..paling aku ingat!Kucing warna kuning-oren pandang aku tepat kat mata..menyeringai marah..sgerrhhh (bayangkan bunyi kucing marah)...rasa takut sambil hati bertanya :ini bukan si Kuning Kak Ani, jiran aku kat J.25 ker???


Pastu aku terus carik kelibat Aki..dia masih lagi membelakangi aku..masih lagi berpagoda putih dan..masih lagi menghayun rotan sambil kata "Pegi!pegi!"..masih lagi menghalau budak-budak kecil yang pelbagai bentuk tubuh di depannya (tak nampak muka..semua membelakangkan aku)...walau pun samar-samar penglihatan..aku tahu yang dihalau itu bukan manusia..dan bukan jugak hantu!dan..dalam beberapa kelibat budak-budak yang dihalau dengan rotan tu..aku ternampak, juga dari belakang, seorang budak perempuan lengkap berpakaian seragam sekolah rendah..bertudung dan berkurung putih dan berkain biru gelap!Sudah...


Jam 3.03 pagi tadi...aku terjaga dari mimpi yang ini...


Takder peluh yang mengalir bila terjaga tiba-tiba tadi..cuma hati memang sangat tak senang..sangat-sangat tak keruan..aku cuba sambung tido..tapi tak mampu..cuba paksakan mata untuk tutup..tapi gagal..ke kiri ke kanan cuba alih pembaringan..tapi..hajat nak sambung nikmat tido tak tercapai..sampailah ke Subuh..


Aku bukan seratus peratus "superstitious".. Bukan jugak seorang "sceptic" yang tak mempercayai kewujudan mahkluk selain aku dalam dunia ni..sebagai seorag Muslim..aku wajib mengimani kewujudan makhluk dan janji tak terlihat seperti malaikat, syurga neraka dan kiamat..


Tapi...terjaga dari mimpi detik tiga pagi..mimpi yang menurut kata setengah orang, mainan syaitan...dengan versi-versi 3.03, 3.30, 3.33...dengan kelibat dan suara arwah Aki.kejadian di rumah peninggalan, tempat aku dilahirkan memang sedikit mendatangkan tanda tanya..


Di siang harinya..dengan mimpi jam 3.03 pagi masih melekat kat kepala..aku masih tertanya-tanya kenapa..


kenapa budak-budak yang dihalau dirotankan..


kenapa Aki jerit "Pegi!Pegi!Lari!"..


kenapa sekumpulan kucing garang yang muncul..bukan ayam kapas, ayam hutan, ayam bulu balik, ayam Israel, ayam kampung ynag memang banyak Aki bela menyeringai dan mematuk-matuk marah...(ayam boleh menyeringai kah???ish..)


Di siang harinya jugak..lama-lama aku pikir..tercetuslah kemungkinan-kemungkinan kenapa itu yang aku mimpikan...


i) Mungkin saja adegan halau dan rotan sebagai peringatan buat aku dan cucu-cucu Aki yang lain untuk terus ke sekolah...belajar..berusaha..jangan sesekali malas..(aku akur..saat anak didikku mula bercuti panjang...ada semacam satu bongkah kemalasan yang sangat besar menghempap diri..sedangkan terlalu banyak tugas dan amanah yang menanti..malu dengan diri..)


ii) Paling mungkin..aku rindukan suasana kampung..Tanjung Medang..tanah dan rumah kampung tempat aku, angah dan arwah abang de dilahirkan oleh emak..32, 31 dan 28 tahun sudah..aku rindukan rumah kayu berbilik tujuh tu..rumah kayu yang ada telaga sangat dalam di ruang dapurnya..aku rindukan rumah bertiang sederhana tinggi tu..cukup tinggi untuk menyorokkan aku, adik-adik dan sepupu sepapat yang sibuk mencari "pucong" di balik-balik pasir di bawah rumah Aki...


iii) Paling paling mungkin ...yang aku amat yakin...melalui mimpi tu, Aki mungkin mahu mohon fatihah dan doa disedekahkan buatnya..sekian lama dia meninggalkan dunia..ada masa aku sedikit leka dan kedekut masa untuk lebih panjang bertadarus dan bersedekah doa..untuk dia, tok dan arwah adik yang dah lama tiada..


Apapun..ada mesej di sebalik mimpi mainan tido aku tu..dan..hasil dari ketidakmampuan aku melunaskan saki baki tidur..di siang harinya..aku sedikit mamai tatkala melunaskan tugasan domestik di rumah mak ayah..


paling besar kesannya,  bila terjaga dari mimpi yang agak "ngeri" tu..bahu sebelah kiri ku terasa sakit amat..otot kejang dan leher tegang..tak mampu nak di kirikan..aduh..tercabut seketika nikmat tuhan..tak boleh nak tunduk badan..tak boleh nak angkat tangan..susah beb..memang susah..(kena himpap ngan sanak sedara Lucifer???aissh...berat nih!)


Tutup entri ni..


Buat Mohamed b. Resad, Zauyah Jusoh, Kamarul Haizam Baharum..juga muslimin muslimat yang telah pergi..Al-Fatihah buat kalian..maafkan aku..andai ada tika aku leka dan lenyap rindu..doa untuk kalian akan sentiasa ada, izin Allah..



Thursday, 5 April 2012

Aku dan Dia: Hujah 1

Jam 5.00 petang. KLCC. Bualan yang tadinya terhenti bagai tanda menghormati kalimah suci lantas disambung:


Aku: Penilaian awak tentang saya jauh tersasar...Apa yang cuba saya kongsikan langsung tak mendapat tempat di sudut otak awak..sayang...


Dia: Saya faham..tapi, maaf. Perkongsian awak bakal menimbulkan fitnah pada diri sendiri.Tak salah berkongsi pendapat..tapi perlu ada garis pemisah..perlu wujud sempadan..


Aku: Sempadan apa? Sempadan gender? Garis besar yang sengaja diada-adakan untuk menutup hakikat bahawa saya juga mampu berhujah tuntas sebagaimana awak. Tembok-tembok adat yang selalu ditebalkan untuk menafikan hak saya untuk bersuara dan memberi pendapat?


Dia: Kenapa setiap kali kita berbincang, kelelakian saya dan keperempuanan awak yang selalu dibangkitkan? Nyata, awak yang jauh tersasar dari pucuk pangkal bicara kita hari ini..Kita berbincang tentang tanggungjawab seorang suami dan isteri.  Bukan kelelakian seorang suami dan keperempuanan seorang isteri...


Aku: Hukum alam, bukan? Ada Adam, ada Hawa. Kita kisahkan suami dan isteri dan tanggungjawab mereka. Kita secara tak langsungnya menyentuh kisah seorang lelaki dan juga perempuan yang banyak masanya kisah itu dibentuk oleh pemikiran kaum awak. Lelaki harusnya begini, perempuan harusnya begitu. Lelaki mencari rezki, perempuan moleknya jadi penyeri rumahtangga. Perempuan memang penyeri. Di ruang pejabat pun dia masih mampu bersinar dan berseri...kenapa perlu dipotong pendek langkahnya? Kenapa harus di sekat-sekat pemikiran dan kebebasannya?Sudah-sudahlah meletakkan tekanan ke atas kami..kami tak perlukan opressi dalam dunia maju sebegini...


Dia: Apa kaitannya antara tanggungjawab memakmurkan rumah dan membesarkan anak-anak dengan opresi seorang lelaki ke atas perempuannya? Kenapa setiap satu perkara perlu dikaitkan dengan ketidakadilan gender sedangkan rata-rata kita tahu, kaum Hawa, tempat terbaiknya adalah di rumah, melayani suami dan zuriat keturunan. Saya tak senang! Hujah awak jauh menyimpang dari ajaran...


Aku: Menyimpang dari ajaran siapa? Ajaran hasil tafsiran tok-tok guru yang banyak masanya meletakkan batas-batas tradisi dalam kehidupan melebihi batas-batas agama yang Allah turunkan? Teman, di situlah titik silapnya! Mengangkat, secara tradisinya seorang perempuan sebagai pengurus hal-ehwal domestik..rumah...suami dan anak-anak..sedangkan tidak pula dinyatakan dalam Al-Quran, perempuan itu, ruang lingkupnya hanya rumah, dapur dan tempat pembaringan. Hati-hati dengan mainan mulut manusia. Adat nyatakan adat! Hukum agama bunyikan hukum agamanya!


Dia: Adat kita bersemi dari hukum. Hukum meletakkan lelaki di luar rumah bukan untuk bersuka-suka, tapi untuk mencari rezeki. Besar tanggungjawabnya bukan, lelaki, keluar bekerja, menampung kehidupan diri dan keluarga. Jangan persendakan keteguhan seorang lelaki menjalankan amanah yang Allah beri. Dia, lelaki, dia yang perlu mencari rezeki...bukan membiarkan isteri keluar dan menjunjung beban.


Aku: Tolong. Jangan mudah-mudah mencampur urusan adat dan budaya dengan hukum Allah. Apa salahnya seorang isteri dan perempuan, melangkah keluar dari rumah, jika dia berniat membantu suami dan lelaki? Apa silapnya jika perempuan itu sendiri redha dan benar-benar mahu bekerja untuk keluarga dan kemajuan diri?


Dia: Dan, apa ruginya jika dia duduk di rumah? Membantu menjaga laman dan mententeramkan hati keluarga? Menyamankan hati suami yang mungkin selalu membara dengan tugas pejabat?


Aku: Dikatakan perempuan itu punya kemampuan melangkaui tugas-tugas antara dinding-dinding rumah! Perempuan itu cukup ilmu..dia cukup berguru..perempuan itu cukup kekuatan..kenapa tak dibiarkan saja bertebaran di bumi mencari rezeki, menggunakan segala ilmu yang tuhan berikan? Kenapa perlu dipasung kakinya di laman rumah?


Dia: Dan, kenapa pula perempuan mahu ingkar? Sibuk mahu menyumbang ilmu di luar, tetapi, kedekut menurunkan ilmu untuk membina akhlaq anak-anak sendiri? Ilmu tak perlukan tempat yang luas untuk dikongsi...besar pahalanya bila perempuan menjaga keluarga...mencurahkan ilmu tinggi buat darah daging sendiri. Saya tak nampak kurangnya peranan perempuan disini..


Aku: Ruang lingkup rumah tak membenarkan perempuan untuk berkongsi lebih dari apa yang dia sebenarnya mampu!Apalah malangnya jika dia yang berilmu dihalang berkongsi dengan khalayak yang lebih ramai dan besar? Jika dia mampu menyamankan laman rumah dan menyerikan ruang kerjanya dalam satu masa dan ketika, mengapa tak dibiarkan saja? Perempuan mampu berseri di mana sahaja...percayalah!


Dia: Aha...Penyeri yang berseri...penyeri mahkamah-mahkamah syariah, menuntut hak dan nafkah, bila suami menjatuh talak, dek kerana pengabaian pelbagai, hasil dari fokus seorang perempuan pada ruang pejabat yang berlebihan. Malang..memang malang...


Aku: Perempuan tak perlu ke mahkamah jika Memorandum Persefahaman Suami dan Isteri tak di terjah...Dia keluar mencari rezeki untuk meringankan beban suami..paling mutlak! Dia kepingin memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negaranya dengan ilmu didada...kepingin dia berbudi membayar cukai..berbangga dia bila mampu keluarkan zakat peribadi...Apa manjanya seorang lelaki, sedikit terabai, terus mengadu pada peguam syar'ie. Mana perginya sabar, toleransi dan matang fikiran? Mana pergi akal pertimbangan? Kesibukan perempuan membantu dirumuskan sebagai pengabaian lahiriah dan batiniah...mudah..cukup mudah...


Dia: Perempuan takkan mampu mendamaikan yang di rumah dan pejabat...dia tak mampu buat segala...dia bukan adiwira yang deras berlari, gagah perkasa, sangat tajam rasa dan pancaindera sehingga mampu menjadi penyelamat dunia...cukup sekadar dia menyelamatkan kapal rumahtangga dan nakhoda dan juragannya..


Aku: Bukan gelaran yang perempuan dambakan..peduli apa dengan "Super Mama", "Super Woman", "Wanita Besi" itu..dia sekadar menjadi diri sendiri yang diciptakan Allah hebat membahagi masa, mengurus pelbagai benda, menjaga diri, suami, keluarga dan juga kantor kerjanya dalam satu masa...tolong...jangan dicemburui dan di nafi kemampuan dia yang itu..perempuan memang mampu.


Dia: Begini. terima saja dengan mudah:


         Premis 1:Tempat terbaik seorang perempuan adalah rumah
         Premis 2:Akan ada pelbagai pengabaian jika perempuan bekerja
         Premis 3: Mencari rezeki tugas hakiki seorang suami


         Konklusi:Perempuan tak perlu keluar bekerja 


Aku: Mahu ditutup pintu debat, bila diskusi jadi hangat dan memberat? Saya bangkang pemberhentian hujah ini...Bertemu lagi di lain diskusi...

Sunday, 1 April 2012

Puitis Aku: Puisi 2

April, Selamat Datang...

April, selamat datang...
kau kembali dan
pergi hilang
bawa khabar
kematangan
tunjuk kisah
keinsafan
papar
sejarah
kebodohan
lampau
yang aku ukir atas kertas
hidup
itu aku
aku
yang dulu...

April, selamat datang
bawakan aku seloka-seloka indah..
tapi tolong
jangan aku
lemas
terhanyut
nikmat hidup
yang tak sudah...

Maaf April,
andai kunjungan kali
ini
tiada apa
yang berubah...