Thursday 23 August 2012

Perempuan-Perempuan di Pagi Raya

Sabtu/ Ogos 17 2012/ Ramadhan Akhir
Perempuan-Perempuan itu:

mula berkemasan apa perlu
dari dalam ke luar rumah habis disapu
habuk disedut sampah dikaut
longkang disodok rumpai tanah dicabut
kain baju dibilas,dicuci
dikering dijemur diangkat dilipat mana sempat
pinggan kotor dibersih mangkuk baru dipilih
tangan tak pernah kering peluh tak henti meleleh
lesung dialu, rendang terbit bau,
ketupat atas dapur, kaki tangan bersimpang siur
tetap..
masak nasi goreng, buat berbuka ramadhan akhir
kerna..
anak dan adik tak berahi lauk dan nasi putih.

Ahad/ Ogos 18 2012/ Syawal 1
Perempuan-Perempuan itu:

bangun seawal 3 pagi periuk belanga mula berisi
kuah lontong didapur, potong dadu sayur-mayur
mampir subuh, anak-anak dijerit "Bangun!"
bergema seisi alam pagi Syawal, suara ibu berang
anak dan adik jantan liat bangun solat
masih
debu di sapu, kotor dibuang
dari tanah luar masuk lantai dalam
meja makan dibersih, lauk dihidang 
habis santap
pinggan mangkuk menimbun
hati runtun
seterika baju raya sendiri
seterika baju raya suami
anak adik jantan
usai subuh yang lewat
sempat lagi menyambung mimpi..
perempuan, hati kalut solat sunat tetap menuntut
pincang masa tak diikut
anak adik jantan lemah lengah
malas culas
anak-anak dijerit berkali
"Cepat!orang dah mula nak solat!jangan tak sempat!"
bila pedih telinga mendengar
ke masjid ibu di hantar
anak dara nan seorang
yang tak ketahuan disergah
bila amarah melimpah-ruah.
di masjid
lupa sebentar nafas semput
untukNYA dahi bersujud
kepadaNYA hati dipuput.



Menjadi perempuan, natijah budaya dan adat di banyak tempat, takkan pernah sama dengan "alter egonya"-seorang lelaki..beza terlalu berbeza...saksikan saja menjelang syawal dan juga pagi-pagi raya...

Memang kami, perempuan, pengumpul pahala..kami tahu janji-janjiNYA.persoalannya sekarang: orang lelaki tak teringin ke nak kumpul pahala, membantu mana terdaya? Tolonglah..

Patut ke sibuk kalut perempuan diserata rumah berbalas tontonan meriah kaum lelaki di ruang tengah?

Dapur dan tugas domestik hanya EKSKLUSIF untuk WANITA? SEXISnya...


Routine, unassisted, gendered domesticity can be drowning and suffocating..to my "Adam" - my other half to be... my pretty kids..please don't let me drowned and suffocated like this..please :)


p/s: Lantangkah Aku?Hilang kewanitaan/keibuan/kekakakkan? Percayalah...berpuluh tahun menghadap kisah yang sama..akan aku cuba untuk tidak mengulangi kitaran hidup perempuan Melayu tipikal yang sama..tertakdir aku jadi suri dan ibu..akan aku bimbing lembut Adamku, anak-anak lelaki perempuanku agar lebih ringan membantu bila perlu..agar mereka lebih tahu harga, jerih seorang Hawa yang tak berkira melunaskan beban kerja rumah walaupun tak termaktub wajib dalam Quran dan Sunnah...biar mereka, kecintaanku ini kelak tahu..nilai iman manusia bukan terletak pada deskripsi dan preskripsi budaya ke atas gender..tapi atas rasa taqwa mereka padaNYA..maka Adam, untuk tugas domestik, apa kata..kita sama-sama kaut pahala???

2 comments:

A said...

pergh. terasanya :P

apa pun, selamat hari raya miss. maafkan :)

norziediana said...

lor.."terasa",Arif? Alhamdulillah:P

selamat hari raya.dimaafkan & maafkan juga ya ;)