Wednesday, 16 May 2012

Buat yang Ku Gelar Guru


Terima Kasih Dari Ku...Sempena Hari Guru..

Mak Wan, Cik Lina dan Pakcik Jamal 

Mereka adalah guru-guru yang mengajarku mengaji dari aku kecil hingga sedikit dewasa..Syukur, kerana mereka aku bisa melantunkan suara membaca Al-Quran usai solatku..mampu menghadiahkan bacaan yasin buat mereka yang telah pergi..mampu aku perdengarkan kalamullah yang suci buat ahli keturunanku kelak..Amin...Alhamdulillah.

Cikgu Fatimah

Cikgu Fatimah guru kelas tabika ku. Diajari aku membaca, mengeja dan mengira..juga menyanyi..suka benar dia mengarahkan aku berkonsert dihadapan kelas.hahaha... Mungkin saja yang didendangkan itu lagu kanak-kanak..lagu-lagu biasa tapi besar natijahnya atas peluang yang diberikan itu bila aku boleh dikatakan "agak kurang malu" untuk berdepan dengan orang ramai..Alhamdulillah.

Cikgu Nora

Antara mereka yang paling melekap dalam kepala tatkala aku bersekolah rendah di bandar Jengka ialah Cikgu Nora...dia cikgu B.I aku. Cikgu Nora mengagumkan aku dengan gerak-gaya elegan dan keyakinannya..Dia, pada pandangan aku adalah guru wanita moden tahun 80an. Sebagaimana Cikgu Fatimah, Cikgu Nora juga rajin membawa aku  ke pentas persembahan bahasa dan seni. Ada satu masa, aku dijadikan "Cinderella"! Apa kisah, aku yang memang orang tak tahu dan jenis tak ambil tahu tiba-tiba dipilih melakonkan watak utama drama berbahasa Inggeris tu? Memang tergelak besor bila teringatkan kisah ni sebab kawan-kawan heboh bercerita kat sekolah agama di petang hari, meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga dan tertanya-tanya kenapa AKU - budak perempuan kurus keding, berkulit sawo gelap, berambut pendek dan bergigi arnab nih yang jadi pilihan hati Cikgu Nora..sejak itu...aku makin mengganas dengan siri-siri drama, penceritaan, tarian dan nyanyian bilamana ada persembahan di sekolah rendah..terima kasih cikgu atas potensi yang cikgu gali..aku lebih yakin diri..dan rasa selesa sebegini amat-amatlah aku perlu tatkala aku ajari anak didikku yang pelbagai umur dan karenah..tatkala aku berhujah di khalayak, tatkala aku membentangkan kertas-kertas kerja dan berkongsi ilmu dengan yang lain..Alhamdulillah

Cikgu Hamdan Shah Ruhil, Cikgu Muzammil, Cikgu Norzaimah

Mereka aku ketemu bila aku berpindah kepedalaman Jengka. Cikgu Hamdan guru Bahasa Melayu ku masa darjah 6. Orang Perak, kurus tinggi berambut kerinting..paling aku tak boleh lupa tentang dia ialah...ketika kawan-kawan yang lain diberikan tips untuk menambah lagi isi karangan, Cikgu Hamdan ni boleh kata "Norzie, panjang sangat esei awak ni", menandakan betapa besarnya arus yang aku lawan dalam bab-bab penulisan esei darjah 6. Hasilnya..setelah 20 tahun..aku masih tak mampu menulis karangan ringkas..yang nyata adalah..karangan berjela-jela hasil luahan hati dan bebelan rasa yang nampak macam tiada kesudahan.hahaha..apa pun..aku bersyukur..hasil ajaran dia, aku diberi ruang yang bukan sikit untuk menerbitkan sisi imaginatif dan kreatif aku..Keduanya Cikgu Muzammil..guru B.I aku..sangat sempoi dan memudahkan pembelajaran subjek kegemaran aku ini. Dia ku lihat sangat bersungguh-sungguh mengajar kami lenggok bahasa ini..nahu..kota kasanya..buku-buku ku selalu saja dihiasi "air jampinya" kerana meja aku letaknya paling kedepan..tak per...berkat seorang guru...hehe. Dia juga gemar menconteng nota di papan hijau yang kemudiannya akan aku salin ke dalam buku untuk panduan..Cikgu Norzaimah? juga guru B.I aku..cantik..panjang mengurai rambutnya..dia banyak memberikan fokus individu pada pelajarnya, aku yakin..bukan sebab pilih kasih..tapi sebab pelajar-pelajar terfokus tu  memang jenis banyak bertanya... iye lah...dah namanya kurang faham..bertanyalah pada yang sepatutnya..Ada jugak gaya pengajaran dia yang aku cedok sikit tatkala aku sendiri bergelar pendidik-fokus individu yang aku berikan dari masa ke semasa, terutamanya pada mereka-mereka yang rajin bertanya..apa hasilnya dari ajaran cikgu-cikgu bahasa ini? Aku sendiri akhirnya jadi guru bahasa yang sangat-sangat mencintai bidang ini.

Cikgu Gunalan

Cikgu Guna adalah satu-satunya cikgu bukan melayu yang pernah mencurahkan ilmunya pada aku dan teman-teman. Langsung terputus hubungan setelah kali terakhir dia aku temui untuk mendapatkan bantuannya menyunting bahasa "assignment" aku di matrik UIA. Murah dengan senyuman..dia menambahkan lagi minat aku pada pada subjek ini.

Cikgu Ramlah Ghani

Satu-satunya guru sekolah menengah yang masih belum putus perkhabaran dengan aku ialah Cikgu Ramlah..Sayang amat! Dia cikgu sains ku di Tingkatan 3. Juga orang Kelate berkulit putih kemerahan. Dia banyak bagi kami motivasi untuk berjaya dan mendapatkan sesuatu. Pernah dikisahkan pada kami keinginan dia memiliki sebuah bekas pensil cantik yang tak mampu dia miliki kerana kesusahan diri. Lantas, bekas pensil itu dijadikan satu dorongan untuk dia belajar tinggi dan berjaya..Jika perkhabaran ini benar, dari seorang teman, aku dapat tahu, yang dia katanya agak sedikit kecewa bila aku hanya mampu dapat 3A dalam PMR sedangkangkan dia tahu aku mampu dapat lebih dari itu..Aku sedikit tergumam..tapi terpaksa mengakui kealpaan diri tatkala berada di Tingkatan 3. Aku memang sangat leka dan sebenarnya langsung tak pernah menyangka, di bahu aku rupa-rupanya tergalas harapan Cikgu Ramlah..Tiba SPM, aku buktikan yang aku sememangnya mampu jika aku betul-betul mahu..Alhamdulillah...aku berada dimana aku berada sekarang...Terima kasih Cikgu atas ingatan yang tak pernah putus antara kita..Banyak yang aku tahu dari dia..tentang juang dan amanah diri dalam mendidik...

Allahyarham Cikgu Abdul Manaf

Jati diri kesusasteraan..minat dalam penulisan kreatif..pembacaan sastera dan pengupasan helai cerita, puisi, gurindam, seloka, syair dan lain-lain hasil indah bahasa aku banyak dibentuk dan diharum suburkan oleh arwah..kelas-kelas sasteranya hangat! Dia gemar berpantun seloka..bersyair gurindam..dia tukang pencerita hebat yang membuatkan aku tertambat dengan seni sastera. Suara arwah yang garau selalu mampu menggetarkan hati aku yang sudah sememangya gemarkan perbukuan, seni dan puisi..Tiada apa yang mampu aku berikan kepadanya sebagai cara membalas budi..Al-Fatihah sahaja yang mampu aku sedekahkan..Al-Fatihah.

Prof. M.A.Quayum, Prof. Norfaridah Manaf, Prof. Kazmi, Dr. Umar
Dari Kesusasteraan Melayu..aku terjun ke Kesusasteraan Inggeris bila diberi peluang untuk terus menggilap potensi di Taman Budi dan Ilmu. Tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata kepuasan dapat menimba ilmu dari mereka-mereka ini. Prof. Quayum, supervisor tesis sarjana aku adalah antara manusia yang paling banyak membantu aku mengenal minat diri, membentuk keperibadian penulisan kritis dan akademik. Dia banyak mengajar aku tentang "academic standard" yang tinggi..dia ajari aku kualiti dan mutu kerja yang sangat bagus. Aku kagum! Prof. Norfaridah??? Satu-satunya Prof wanita dari unit sastera. Lontaran suara dia tatkala mengajar amat tenang dan meyakinkan. Dia banyak membentuk personaliti feminis dalam diri aku kerana kekuatan seorang wanita Muslim berkerjaya, berkeluarga dan berilmu tinggi banyak diperlihatkan olehnya...Prof. Kazmi adalah kutub-kanah Shakespeare! Dia hafal banyak puisi-puisi Shakespeare dan dengan selamba melontarkan dialog-dialog drama-drama yang diajarnya..mengkagumkan untuk yang berusia lebih 70 tahun..Dr. Umar???Kesabarannya tiada tolok bandingan..sangat terinspirasi dari sifat sabar dan tenang yang dia miliki..mereka-mereka ini amat membuatkan aku terinspirasi dengan gaya mengajar dan ilmu didada masing-masing..

Pakcik Baharum & Makcik Mariah

Sungguh...kalau tiada cikgu yang berdua ini...maka takkan adalah Ms. Gie. Mereka guru aku dari aku lahir hingga kini..Mengajar aku subjek "Kehidupan", ajaran yang ada masa aku ikut dan ada tika, aku sedikit pinggirkan dalam menentukan rentak dan bentuk hidup sendiri..Aku langsung tidak dimanjakan dengan duit dan material. Tapi aku dan adik-adik amat-amat dimanjakan dengan ilmu dan pendidikan walaupun mereka sekadar lulusan SPM..Alhamdulillah...terasa nikmat berilmu bila aku terus belajar dan berjuang dalam gelanggang pendidikan..dan untuk itu...aku berterima kasih amat-amat, pada Mak terutamanya, kerana dialah yang sungguh-sungguh menyarankan aku mengenggam sarjana..Ayah...sentiasa bersedia dan murah hati dengan bantuan ringgit demi untuk memastikan aku dan adik-adik menggapai cita-cita tinggi kami walaupun adanya tak sebanayk mana..Terima kasih aku titipkan buat mereka...tanpa mereka...tak tahu aku akan berada dimana...


P/S: Selamat Hari Guru untuk Kesemua Guru Ku..Terima Kasih untuk Segala Curahan Ilmu..Mungkin nama kalian tidak tertera disini..tapi itu tak bermakna..kalian tiada di hati..

No comments: