WHI dipagi Eiduladha, diskusi "korban" kurang lebih, begini faham kesimpulannya:
Jika seorang lelaki menikahi seorang wanita kerana Allah, dia akan terima wanita itu seadanya. Tertakdir isterinya jatuh sakit, akan wujud kekuatan untuk dia berbakti menjaga isterinya, bukan kerana wanita itu adalah isterinya, bukan kerana kasihankan mentua, bukan kerana terpaksa, bukan kerana apa-apa tetapi kerana wanita itu adalah jodoh Allah untuknya, dinikahi keranaNYA, dicintai keranaNYA dan dijaga rapi tatkala uzur, longlai, busuk dan buruk juga, keranaNYA. Tuntutan batiniah tak terlayan, rupa paras tak lagi tertawan takkan menjadi kisah kerana wanita, isteri - pelengkap rusuk kirinya itu adalah anugerah Allah untuk dirinya. Demi Allah, apa jua keadaan Si Hawa, Sang Adam rela..dia terima..dia redha..
terima kasih: diaterimanikahnya.blogspot.com
Nota Kaki: Lillah... Aku terima nikah...
|
Sang Adam yang redha @ http://abil4fauziah.blogspot.com/